Monday, May 28, 2012

BERITA SEMASA : PENDUDUK KECEWA DALAM HAL PEMILIHAN PEKERJA

Oleh : Ah Choon

28 Mei -Batu Lanchang .Penduduk yang ditemui menyatakan majikan hari ini lebih rela mengambil pekerja-pekerja yang berpengalaman berbanding dengan graduan-graduan lepasan kolej/universiti

Mengikut pemerhatian yang dibuat oleh segelintir waris di kawasan ini, majikan-majikan zaman sekarang lebih rela mengambil pekerja-pekerja berpengalaman kerana tidak payah membuang masa untuk melatih graduan-graduan lepasan kolej/universiti.

Menurut salah seorang majikan yang pihak BK temui, graduan-graduan sekarang memandang tinggi terhadap pekerjaan yang sedia ada dan juga mahu gaji lumayan sedangkan mereka tidak mempunyai pengalaman bekerja yang sesuai. Graduan-graduan belum bersedia untuk bekerja dan perlukan lebih latihan dan ini akan merugikan pihak majikan sendiri.

BK : KERAJAAN NEGERI PUN GAGAL MENAWARKAN PELUANG PEKERJAAN KEPADA ANAK NEGERI PENANG SENDIRI