Oleh : Azira
30 Mei- Tasek. Pengurusan perparitan yang sepatutnya dilaksanakan oleh pihak kerajaan tempatan semakin lama semakin amat merisaukan.Pihak berkuasa tempatan seperti terlalu leka dengan kerajaan sedia ada dan tidak menjalankan tugas yang baik. Sepatutnya ahli majlis yang menjaga kawasan Seberang Perai Selatan harus peka dengan rungutan dan masalah rakyat dan rajin turun ke kawasan melihat masalah rakyat.Perkara ini tidak sepatutnya diserahkan kepada pihak JKR semata mata.
Tinjauan yang dilakukan oleh wartawan lapangan kami, membuktikan sistem perparitan di jalan utama Tasek berdekatan dengan Petronas Bandar Tasek Mutiara tidak diselengagra dengan baik dan sempurna. Rumput dan lalang tumbuh di dalam parit dan ini sekaligus menyebabkan parit menjadi terseumbat dan aliran air apabila hujan turun bergerak perlahan dan mudah bertakung. Masalah yang timbul ini telah berlarutan hampir 2 tahun dan tindakan yang di ambil oleh pihak kerajaan tempatan di bawah kerajaan negeri DAP agak lambat.
Laungan slogan CAT yang di bawa oleh Ketua menteri seperti laungan bersifat retorik semata-mata. Penduduk risau, permasalahan pengurusan perparitan yang gagal di urus akan meninggalkan kesan kepada mereka kelak.