Tuesday, April 24, 2012

PASCA E 13 : UST NASHA BALUN AMBIGA SHIT..LGBT

Anggota jawatankuasa pemandu BERSIH 2.0 Maria Chin Abdullah menangkis kenyataan bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa yang mempertikai kelayakan pengerusi bersamanya Datuk S Ambiga untuk memimpin gabungan badan itu.

Maria berkata keputusan untuk memilih Ambiga itu dipersetujui oleh kesemua 84 pertubuhan yang menyertai gabungan NGO untuk menuntut pilihan raya bersih dan adil itu.

"Tidak (perlu) ada orang lain atau badan yang membuat keputusan untuk kami," katanya lagi dalam satu sidang media hari ini.

Mengulas lanjut, Maria juga menegaskan gabungan itu tidak dianggotai mana-mana parti politik, malah ketua dan pemimpinnya juga dilantik dari kalangan anggota NGO gabungan. Bagaimanapun, kata Maria, Nasharudin yang juga ahli parlimen Bachok mempunyai hak untuk memberi pandangan, tetapi beliau tidak boleh membuat keputusan untuk BERSIH 2.0.

Beliau mengulas kenyataan Nasharudin bahawa Ambiga tidak layak memimpin BERSIH 2.0 kerana bekas presiden Majlis Peguam itu didakwa terlibat dengan kegiatan lesbian, gay, biseksual dan transseksual (LGBT). (APA LAGI SAMAN LA UST NASHA TU....)
Nasharudin, yang kini merupakan pengerusi satu badan yang dikenali sebagai Pusat Kajian Fiqh Kontemporari, semalam membangkitkan perkara itu ketika berucap dalam satu program wacana bertemakan LGBT Mengundang Bala Allah.

Ahli jawatankuasa PAS Pusat itu berkata sepatutnya parti itu perlu ke hadapan memimpin perhimpunan itu kerana ia melibatkan isu politik dan PAS salah sebuah parti terpenting dalam sistem pilihan raya di negara ini.