TAPAK SELUAS RATUSAN HEKTAR INI BELUM LAGI DIMAJUKAN SECARA SERIUS . KAWASAN LAPANG INI TERLETAK BERHADAPAN DENGAN KAWASAN PERUMAHAN BARU BATU KAWAN. MERUPAKAN TAPAK PAYA KAYU BAKAU DAN KEPALA SAWIT DAN SEDANG DITEBUS GUNA. SEKIRANYA KITA PERGI KE PULAU AMAN, KITA AKAN BERJUMPA DENGAN KAWASAN LAPANG YANG BK MAKSUDKAN INI.
KAWASAN INI JUGA MUNGKIN BOLEH DIMAJUKAN KILANG PANEL SOLAR TERSEBUT. OLEH KERANA GUAN ENG TIDAK NYATAKAN LOKASI KILANG, MAKA TIADA LAGI KAWASAN LAPANG YANG SESUAI DIBINA KILANG DI KAWASAN BATU KAWAN MELAINKAN KAWASAN INI SAHAJA. SEKIRANYA GUAN ENG MEMILIH KAWASAN LAPANG JALAN PINTAS KE CHANGKAT, BERMAKNA GUAN ENG DENGAN SENGAJA MAHU MENGANIAYAI PENEMPATAN KAUM INDIA BATU KAWAN DENGAN MALAPETAKA PENYAKIT KANSER
KAWASAN DI ATAS IALAH KAWASAN INDUSTRI BARU. IANYA DIMAJUKAN DI KAWASAN INDUSTRI JURU . UNTUK SAMPAI KE KAWASAN INI KITA PERLU MASUK EXIT TOL TAMBUN. ANTARA KILANG AWAL YANG TELAH DI BINA DI KAWASAN INI IALAH IBIDEN YANG GUAN ENG BISINGKAN PADA TAHUN 2008. KAWASAN INI MEMANG DIKHASKAN DENGAN KAWASAN PEMBINAAN KILANG. DI PERSEKITARAN KILANG IBIDEN INI PUN AKAN DI DIRIKAN BANYAK KILANG BARU. CUMA KILANG YANG DIDIRIKAN TERSEBUT TIDAK MENGELUARKAN ION ELEKTROMAGNET YANG MEMBERI KESAN BAHAYA KEPADA HIDUPAN TERUTAMANYA MANUSIA.
SEKIRANYA KILANG PANEL SOLAR BOSCH DI BINA DI KAWASAN KILANG IBIDEN, BERMAKNA PENDUDUK BUKIT TAMBUN DAN JURU AKAN MENERIMA BAHANA TOKSIN YANG BAKAL DILEPASKAN. KASIHAN PENDUDUK DAN PELAJAR SJKC KENG KOON, SK BUKIT TAMBUN YANG SETIAP HARI BAKAL MENGHIRUP UDARA YANG BERBAHAYA. PENDUDUK PERKAMPUNGAN JURU JUGA TIDAK KURANG JUGA AKAN MENIKMATI ZAT ZAT KANSER YANG GUAN ENG BAWA KHAS KE ZON SEBERANG PERAI SELATAN.
KAWASAN LAPANG TAPAK INDUSTRI BARU JURU INI BERHAMPIRAN DENGAN TAMAN SAINS YANG SEDANG DIMAJUKAN.PROJEK TAMAN SAINS INI BERMULA SEJAK KERAJAAN BN LAGI. CUMA YANG MENYEDIHKAN KERAJAAN NEGERI DAP TELAH MENGUMUMKAN KAWASAN JURU SEBAGAI KAWASAN HALAL HUB . SEKIRANYA KAWASAN TERNAKAN BERSKALA BESAR DI BINA BERDEKATAN DENGAN KAWASAN INDUSTRI, MAKA HAIWAN YANG DIPELIHARA SUDAH PASTI TIDAK SELAMAT DAN HASILNYA JUGA TIDAK SELAMAT. TAPI BK TAK RISAU PUN SEBAB SAMPAI LA NI HABUK PUN TARAK DI KAWASAN JURU YANG KERAJAAN NEGERI DOK CERITA SANA SINI NAK MAJUKAN KAWASAN HALAL HUB.PETEMPATAN MELAYU JURU AKAN MERASAI NIKMAT KANSER SEKIRANYA KILANG PANEL SOLAR INI DIMAJUKAN KELAK.
KERAJAAN DAP PENANG SANGGUP MENGGADAIKAN KESIHATAN PENDUDUK DEMI PELABURAN RM 2,2 BILLION DAN PELUANG PEKERJAAN SEBANYAK 2000 ORANG. KERANA RM 2,2 BILLION, MAKA KESIHATAN PENDUDUK DI KESAMPINGKAN. GUAN ENG TAKPALAH BOLEH DUDUK DI KEDIAMAN KOS MEWAH. MANA NAK TAHU MASALAH RAKYAT. GUAN ENG BOLEH BELI RAKYAT DENGAN RM 200, RM 1000, RM 200 ANAK EMAS. RAKYAT TAK NAMPAK BAHAYA KILANG INI KELAK SEBAB DAH DI SOGOK DENGAN WANG EMAS........ WANG EMAS............