Monday, March 19, 2012

PASCA E 13 : 4 TAHUN BAHASA MELAYU TIDAK DIHORMATI DI PULAU PINANG.DBP PERLU BERTINDAK SEKARANG!!!

 SEMUA GAMBAR INI BK AMBIL SEWAKTU MENJALANKAN TUGASAN BERSAMA RAKAN BAGI KAWASAN NIBONG TEBAL 2 MINGGU LEPAS.SEBELUM BK MENGUPAS DENGAN LEBIH JAUH TENTANG BAGAIMANA KERAJAAN DAP TIDAK MEMPEDULIKAN NASIB BAHASA MELAYU DAN BERTINDAK SECARA KURANG AJAR DENGAN TIDAK MENGHORMATI PERKARA 152 PERLEMBAGAAN NEGARA. AGENSI KERAJAAN NEGERI SEPERTI MPSP GAGAL, SEKALI LAGI BK ULANG GAGAL DALAM MENGUATKUASA DAN MEMBERI TEGURAN KEPADA PIHAK PEMAJU ATAU SYARIKAT YANG GAGAL MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU BAGI MENGIKLANKAN PROJEK MEREKA.


ADALAH AMAT MALANG KERANA PAPAN TANDA PROJEK PERUMAHAN INI YANG TERLETAK DI LALUAN UTAMA JALAN SIMPANG AMPAT - SG BAKAP DAN SELALU DI PERHATIKAN OLEH SEMUA ORANG TIDAK MENGGUNAKAN BAHASA MELAYU.APAKAH RUMAH INI HANYA UNTUK KAUM TERTENTU SAHAJA? MPSP SEPERTI MENGIKUT TELUNJUK GUAN ENG SUPAYA TIDAK HORMAT KEPADA BAHASA MELAYU. LALU , BAGI MEREKA INI BUKANLAH TUGAS PENGUATKUASAAN. TUGAS PENGUATKUASAAN HANYALAH MEROBOH GERAI MELAYU, MEMERIKSA GERAI MELAYU YANG TIADA LESEN DAN SEBAGAINYA.MENGAPAKAH PEMAJU TIDAK SENSITIF? APAKAH KAWASAN INI BAHASA RASMINYA IALAH BAHASA INGGERIS DAN CINA? APAKAH SUDAH TIADA RAKYAT DI SINI YANG FAHAM TULISAN BAHASA MELAYU?

TIMBUL DALAM BENAK BK, KEGAGALAN KERAJAAN DAP PENANG UNTUK TIDAK MENGHORMATI SETIAP YANG MEMPUNYAI PERKATAAN MELAYU. BAHASA MELAYU BAGI MEREKA TIDAK ADIL DIJADIKAN BAHASA KEBANGSAAN. JADI TIDAK HAIRANLAH GUAN ENG TIDAK AMBIL PEDULI AKAN HAL INI. KEKUATAN PERKARA 152 BOLEH KITA BACA DI BAWAH :

Peruntukan di bawah Perkara 152 itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159(5).Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.

PENGIKLANAN YANG DIBUAT OLEH PEMAJU INI JUGA GAGAL MEMGAMBIL KIRA NILAI PENGHORMATAN KEPADA PERKARA 152 PERLEMBAGAAN INI. SEMUA INI BERLAKU KERANA KERAJAAN NEGERI DAP MEMANG TIDAK MENYUKAI PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA RASMI DALAM APA JUA PERKARA DI NEGERI PULAU PINANG.JIKA DILIHAT DARI KEDUA DUA PAPAN IKLAN INI TERNYATA BAHASA UTAMA IALAH BAHASA INGGERIS DAN BAHASA CINA.INI BERMAKNA DWI BAHASA PEMAJU IALAH INGGERIS -CINA.

SEKARANG MARI KITA BACA KENYATAAN KETUA PENGARAH DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA :

Para pengiklan perlu merujuk kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) terlebih dahulu sebelum memohon lesen memasang iklan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

Ketua Pengarah DBP Datuk Termuzi Abdul Aziz berkata menerusi peraturan itu yang dilaksanakan sejak tahun lepas di bawah undang-undang kecil iklan PBT ( DALAM HAL INI MPSP ), DBP akan melihat dari segi penggunaan bahasa dan visual pada iklan berkenaan terlebih dahulu dan apabila diluluskan, barulah mereka boleh memohon lesen daripada PBT sebelum iklan boleh dipasang.

Beliau berkata jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda, penalti atau penjara mengikut undang-undang kecil PBT berkenaan.Beliau berkata ini kerana undang-undang mengenai perkara itu sudah ada dan hanya penguatkuasaan undang-undang sahaja yang agar longgar.

"DBP sudah membuat persetujuan dengan PBT untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua papan iklan, nama taman perumahan dan sebagainya.

"Dalam majlis bandaran dan kerajaan tempatan ada peraturan atau akta yang mana penggunaan bahasa Melayu mesti ada pada setiap papan iklan. Saya lihat ia (penggunaan bahasa asing) sebagai kelemahan kerajaan tempatan, PBT yang tidak menguatkuasakan akta yang telah diperuntukkan," katanya.Beliau berkata tindakan tegas seharusnya dikenakan terhadap mana-mana pengiklan yang masih ingkar.

PBT DI BAWAH GUAN ENG BUAT APA? TAK BUAT KERJA  MACAM GUAN ENG JUGA KER?

SEBAGAI PENGETAHUAN SEMUA, MPSP MEMPUNYAI UNDANG-UNDANG KECIL IKLAN ( 2001) DI BAWAH AKTA KERAJAAN TEMPATAN 1976. NAMUN IANYA TIDAK DIKUAT KUASAKAN DALAM BANYAK HAL.HANYA DILIHAT MPSP MENGGUNAKAN AKTA INI UNTUK MEROBOHKAN IKLAN BERKAITAN SALAHGUNA LOGO MPSP PADA PAPAN IKLAN. UNDANG -UNDANG INI DILETAKKAN DI BAWAH JABATAN PERLESENAN.MPSP BERHAK MENGELUARKAN ARAHAN UNTUK PIHAK PEMAJU MEMBETULKAN PENGGUNAAN BAHASA DI DALAM PAPAN IKLAN DENGAN KOS PEMAJU SENDIRI.

Kutipan hasil Permit Iklan Sementrara  yang pernah dikeluarkan MPSP :

2007 = RM 337,163.00
2008= 401,630.00
2009 = 509,860.00

MARI KITA LIHAT KUASA YANG DIBERIKAN KEPADA DBP PULA BERKAITAN HAL INI :


TATACARA PENGESAHAN BAHASA KEBANGSAAN DALAM IKLAN.3.Pelanggan Syarikat atau agensi pengiklanan yang mendapatkan khidmat pengesahan bahasa kebangsaan dalam iklan daripada Dewan Bahasa dan Pustaka

1. Borang Khidmat Nasihat Bahasa (KNB) Borang standard yang terkandung dalam Arahan Kerja Pelaksanaan Kegiatan Khidmat Nasihat Bahasa MS ISO 9001:2000 mesti dilengkapkan
oleh pelanggan yang mendapatkan khidmat pengesahan bahasa kebangsaan dalam iklan.

2A. Iklan Tidak Bermasalah
Iklan yang menggunakan bahasa kebangsaan yang indah, betul dan sesuai dengan gambar yang dipaparkan dalam iklan
Iklan yang tidak menggunakan bahasa kebangsaan, salah penggunaan bahasanya dan penggunaan bahasa yang tidak sesuai dengan gambar yang dipaparkan dalam iklan.



2B Iklan Bermasalah


4.Petugas Staf yang terlibat dalam proses pengesahan bahasa kebangsaan dalam iklan, iaitu Ketua Bahagian (KB (S54), Pegawai Perancang Bahasa (PPB) (S41) dan Pembantu Tadbir (PT (Perkeranian/Operasi) (N17).

5A. Sesuatu iklan hendaklah dalam bahasa Malaysia sama ada dengan sendirinya atau bersama-sama bahasa lain (PU (A) 364/85).

.KESIMPULAN BK :

DBP DAN MPSP WAJIB BERTINDAK BERSAMA UNTUK MENDAULATKAN PERKARA 152 PERLEMBAGAAN NEGARA. SIAPA LAGI YANG HARUS HORMAT BAHASA KEBANGSAAN KALAU BUKAN KITA. MUNGKIN MPSP TAKUT DENGAN GOD FATHER MEREKA PAPA GUAN ENG, TETAPI DBP DI BAWAH KUASA PERSEKUTUAN PERLU BERTINDAK. DBP DITUBUHKAN DENGAN AKTANYA SENDIRI. MOHON SEMUA WARASKAN FIKIRAN DAN AMBIL TINDAKAN SEBELUM TERLAMBAT. BK TELAH DEDAHKAN. TERPULANG KEPADA DBP DAN PIHAK BERKUASA MELAKSANAKANNYA.DBP ADA AKTA YANG DIPERUNTUKAN UNTUK AGENSINYA.AKTA DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA. JANGAN TUNGGU SEHINGGA BAHASA MELAYU AKAN MENJADI BAHASA PINGGIRAN DAN TIDAK DIHORMATI LAGI SERTA TIDAK BERNILAI.