Saturday, March 17, 2012

PASCA E 13 : PEMBINAAN SMJK(C) JIT SIN CAWANGAN SEBERANG PERAI SELATAN , DAP MENANGGUK DI AIR KERUH



GUAN  ENG DAN DAP SEHARUSNYA MALU BERLAKON HERO DALAM ISU PEMBINAAN ISU SMJK C  JIT SIN CAWANGAN SEBERANG PERAI SELATAN. SEBAGAI PENGETAHUAN SEMUA, SATU MESYUARAT TENTANG PENUBUHAN SEKOLAH INI TELAH DIADAKAN BERSAMA TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN DAN KERAJAAN BN TELAH MELULUSKAN PEBINAAN SEKOLAH INI YANG BERDEKATAN DENGAN KAMPUNG TASEK. TAPAK SEKOLAH INI TELAH PUN DIRATAKAN DAN DIMAJUKAN OLEH SYARIKAT ASAS DUNIA. SMJKC JIT SIN TERLETAK DI LALUAN UTAMA JALAN VALDOR -TASEK.

HARI INI GUAN ENG DENGAN BANGGA MENGUMUMKAN PEMBERIAN RM 100 000 KEPADA LEMBAGA PENGURUSAN SEKOLAH UNTUK PEMBINAAN SEKOLAH TERSEBUT DAN MENDESAK KERAJAAN BN MEMPERUNTUKAN RM 30 JUTA BAGI PEMBINAAN SEKOLAH INI. DAP PENANG SEBOLEH BOLEHNYA MAHU MEMAINKAN SENTIMEN KECINAAN DALAM HAL INI SEDANG BN TELAH BERJUANG MELULUSKAN SEKOLAH JIT SIN CAWANGAN SPS DAN SETERUSNYA NANTIKAN PENGUMUMAN YANG BAKAL DI UMUMKAN OLEH KERAJAAN.

AGAK MEMALUKAN KERAJAAN DAP PENANG HANYA MEMBERI RM 100 000 TETAPI MENYURUH BN MEMBERI RM 30 JUTA. BUKANKAH INI PELIK?SEPATUTNYA DENGAN JUMLAH BAJET SURPLUS KERAJAAN NEGERI,  KETUA MENTERI MELALUI KERAJAAN NEGERI WAJIB MENYUMBANG RM 20 JUTA UNTUK PEMBINAAN SEKOLAH INI. BARULAH MINTA RM 10 JUTA YANG SELEBIHNYA DARIPADA  BN.

KERAJAAN DAP KEDEKUT SEBENARNYA UNTUK MEMBANTU PENDIDIKAN CINA. KERAJAAN DAP PENANG MEMPUNYAI SIMPANAN HAMPIR 1.1 BILLION ( CAMPUR RM 850 JUTA SIMPANAN BN SEHINGGA PERTENGAHAN 2008 ). GUAN ENG BOLEH AMBIL RM 20 JUTA SAHAJA. KAUM CINA HARUS BANGUN MENUNTUT HAK PENDIDIKAN ANDA. GUAN ENG JANGAN MAIN WAYANG DALAM HAL INI.