Skandal RM445 Juta : Anwar Enggan Terima Sapina
29/03/12 – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dilaporkan enggan menerima sapina untuk memastikan beliau akan hadir ke mahkamah sebagai saksi kes ahli perniagaan, Low Thiam Hoe yang telah disaman oleh Hong Leong Finance Bhd (HLFB) di atas kegagalan pembayaran balik pinjaman bersindiket yang melibatkan RM445 juta.
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa peguam low, D Paramalingam telah melakukan dua kali percubaan untuk menyerahkan sapina itu, namun menemui kegagalan.
“Kami telah cuba untuk serahkan kepada Anwar di Parlimen petang semalam tetapi dia enggan menerimanya. Sekarang kami akan ke mahkamah untuk mendapatkan perintah yang perlu, “kata Paramalingam.
FMT melaporkan jika Anwar terus mengelak menerima sapina itu, peguam Low boleh akan memohon untuk mendapatkan waran tangkap.
Semalam Mahkamah Tinggi telah membenarkan permohonan untuk mensapina Anwar Ibrahim untuk menjadi saksi pembelaan dalam saman sivil ke atas perjanjian yang melibatkan RM445 juta tersebut.
Selain daripada Anwar, pengerusi eksekutif Hong Leong Finance Bhd, Quek Leng Chan dan dua orang pengarah dan pemegang saham AMSB iaitu Hamzah Harun dan Mohd Faiz Abdullah juga akan disampaikan notis untuk hadir sebagai saksi pembelaan.
Menurut Paramalingam kehadiran Anwar dan Quek, bersama-sama dengan Hamzah dan Faiz, adalah diperlukan kerana ia membentuk satu bahagian yang penting dalam kes pembelaan.
“Orang yang sebenarnya mengarahkan (perjanjian itu), adalah Anwar dan terdapat hubungan di sana dengan Quek. Saksi-saksi ini akan membentuk sebahagian daripada bukti yang ada, ” katanya.

BK : KENAPA ANWAR TAKUT ? KALAU TAK BERSALAH SAMAN BALIK LAH? DULU PAKSA DS NAJIB PI MAHKAMAH, LA NI DIA TAK MAU PI MAHKAMAH PULA. HAL NI PUN NAK KATA KONSPIRASI UMNO JUGA?HANG NAK BERAK PUN KONSPIRASI UMNO? HANG SAKIT PERUT TERCIRIT PUN KONSPIRASI UMNO?