Wednesday, February 22, 2012

PASCA E 13 : HARAKAHDAILY HENTAM GUAN ENG BAGUIH PUNYA.

Indeks akhbar: Papua, Zimbabwe atasi M’sia
Harakahdaily, 22 Feb 2012

KUALA LUMPUR, 22 Feb: Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) meminta kerajaan tidak mendabik dada dengan merasakan indeks kebebasan akhbar di negara ini bertambah baik dari sebelumnya.

Ketua penerangannya, Riduan Mohd Nor berkata, meskipun Indeks Kebebasan Akhbar Malaysia bagi tahun 2011/2012 yang direkodkan oleh Reporters Without Borders mencatatkan Malaysia di tangga ke 122 berbanding 141 pada tahun 2010, ini tidak bermakna tahap kebebasan akhbar di Malaysia bebas dari sebarang pengaruh dan kongkongan politik.

Ini, katanya kerana dengan kedudukan Malaysia sekarang ini menunjukkan tahap kebebasan akhbar di Malaysia amat jauh dan rendah dari yang sepatutnya.

Malah negara ini, ujarnya ketinggalan berbanding negara yang masih membangun seperti Papua New Guinea di kedudukan 35 serta Cambodia yang berkedudukan ke 117.


MACAM NAK BEBAS. GUAN ENG PUN TAK BENARKAN AKHBAR PRO KERAJAAN MASUK KE DALAM SIDANG MEDIA BELIAU. TV 3 DAN RTM PUN TAK BOLEH MASUK. AKHBAR UTUSAN TAK BOLEH BUAT LIPUTAN DALAM SIDANG DUN. SEMUA NI MENYEKAT KEBEBASAN AKHBAR. TERIMA KASIHLAH HARAKAHDAILY