Berita yang baru BK terima tentang pergerakan yang pkr dan pas lakukan untuk membawa orang pulau pinang ke kuala lumpur. di laporkan sebuah bas telah bertolak tengahari tadi dari balik pulau dan 2 buah dari kawasan bukit mertajam. di balik pulau, sumber menyatakan anggota unit amal akan bergerak antara jam 12.00 tgh malam sehingga 2.00 pagi dengan menaiki kereta persendirian.dilaporkan mereka membawa ahli rombongan atas nama lawatan ke kuala lumpur.
semua pergerakan banyak bermula lewat petang ini. walaupun begitu ada yang telah hadir secara persendirian mulai semalam dan mula berehat di kuala lumpur. apa yang menyedihkan, sumber BK menyatakan mereka yang pergi atas nama lawatan sebenarnya telah dibohongi oleh pihak penganjur. PKR pulau pinang mensasarkan lebih daripada 30 buah bas akan bergerak meninggalkan pulau pinang. namun, perkara ini sukar dilaksanakan kerana senang dikesan. ada yang bergerak dengan menggunakan van dan kereta sendiri.tidak kurang juga ada yang menaiki bas.