bangunan asal sitc yang melahirkan tokoh seperti zaaba, ghafar baba dan beberapa orang tokoh pejuang bangsa yang lain.Penubuhan SITC diilhamkan oleh R. O. Winstedt yang pernah berkhidmat sebagai Penolong Pengarah Pelajaran Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu menerusi laporannya yang disiarkan dalam tahun 1917. Antara lain beliau mencadangkan agar sebuah maktab perguruan didirikan di Perak bagi memperluaskan skop pendidikan di negara ini. SITC dirasmikan pada 29 November 1922 oleh Sir W. George Maxwell, Ketua Setiausaha Kerajaan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu.
pasukan tari topeng hitam-arkib
gambar bawah : murid sitc belajar bersenam .bukan macama dam adli yang memanjat di luar pagar upsi berdemo. bezzakan :
dari sitc berubah kepada maktab perguruan sultan idris.Pada tahun 1959, bagi memenuhi tuntutan Laporan Razak, SITC ditukarkan namanya kepada Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang khusus untuk melatih guru-guru sekolah rendah. sewaktu bergelar mpsi persatuan guru digelar sebagai persatuan guru pelatih dan mereka tidak sehaluan dengan persatuan guru pelatih islam ( PGPI)
pada 21 Februari 1987, ia dinaikkan taraf menjadi institut dan dikenali dengan nama Institut Perguruan Sultan Idris (IPSI). Mulai tahun 1987, Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK) diperkenalkan. Setahun kemudian iaitu dalam tahun 1988, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI) pula dimulakan di IPSI.
Universiti ini telah diisytiharkan sebagai sebuah universiti pada 1 Mei 1997 melalui Warta Kerajaan P.U.(A) 132 & 133 bertarikh 24 Februari 1997, di bawah dua Perintah iaitu Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Perbadanan) 1997 dan Perintah Universiti Pendidikan Sultan Idris (Kampus) 1997
Sekarang BK akan membuat singkapan kronologi politik kampus upsi bermula tahun 2002 :
Tahun 2002
MPPUPSI ditadbir dan dimenangi oleh pihak pembangkang yang diketuai oleh amir hamzah dan ust fauzi.Ustaz fauzi merupakan guru yang menyambungkan pengajian di UPSI. ust Fauzi memainkan peranan memasukan roh pas ke dalam usrah usrah di upsi.USRAH DI BUAT DI SURAU SURAU KOLEJ.
Bagi menutup agar tidak kelihatan pembangkang yang menang, calon aspirasi dilantik menjadi YDP .Beliau ialah saudara shahruddin .Juga digelar sharudin songkok tinggi .Gerakan aspirasi terpaksa bergerak secara underground kerana pihak HEP dan pentadbir tidak bersama dengan pihak aspirasi yang mendokong kerajaan. Sewaktu ini upsi dan pegawai hep nya sememangnya menyebelahi pembangkang. inilah kesilapan pertama pihak KPM ketika itu.Walaupun YDP adalah pihak aspirasi, tetapi segala keputusan dipengaruhi oleh puak puak pas kerana didalam kabinet MPP lebih ramai puak-puak pembangkang.
Tahun 2003
Gerakan aspirasi terpaksa melatih kumpulan mereka secara bersendirian bagi memenangi kerusi MPP yang dipertandingkan.Banyak gerakan dan program diatur untuk memastikan kemenangan dipihak aspirasi biarpun aspirasi tidak mendapat sokongan oleh pihak HEP UPSI.Gerakan pelajar aspirasi atau kerajaan masih lagi bergerak secara senyap kerana belum mendapat restu dan kerjasama dari pihak UPSI. Ketika ini MPP UPSI masih lagi diketuai oleh pro pas. pro pas pula mendapat dana yang di salirkan oleh pertubuhan luar.
Dalam PRK tahun tersebut pembangkang mendapat 14 kerusi dan aspirasi mendapat 12 .YDP MPPUPSI dipegang oleh Ust fauzi bain. Ini secara automatik menyatakan dengan sejelas jelasnya jiwa dan pendekatan pas dibawa mulai tahun 2003 secara serius. Selaku YDP, fauzi bain menggunakan segala ruang untuk memperkembangkan pengaruh pas di upsi.
Tahun 2004
Gerakan MPPUPSI lebih menyengat di zaman dato dollah menjadi TNC HEP. Dato Dollah mengambil pendekatan menukar pegawai yang menentang dasar kerajaan ke unit lain.Kesannya kemenangan secara total oleh pihak aspirasi disebabkan tiada lagi pegawai HEP ketika itu yang membantu kumpulan pro pas.Rupanya pro pas menang dikampus keranan bantuan hep ketika itu. sekarang pegawai tersebut masih ada lagi di upsi.
Banyak kerusi yang pembangkang kampus tidak bertanding. Mereka mula takut dengan movement aspirasi..Pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memastikan bahawa aspirasi adalah satu gerakan pelajar yang mampu mendukung aspirasi kerajaan dan sealiran dengan pihak pemerintah.
MPP aspirasi telah menang dan YDP yang dilantik ialah Ahmad Faizul ( dihantar mengajar ke sarawak atau sabah tak silap )dan Nydp Mohd Najib Bin Saher sekarang sedang mengajar di batu pahat.Najib membawa watak agama yang tinggi sehingga membuktikan bahawa kumpulan fauzi bain sebenarnya kurang dalam aspek pendekatan islam.Kabinet aspirasi dikuasai oleh pihak aspirasi.
Tahun 2005
PRK tahun 2005 kabinet MPPUPSI masih dikuasai oleh aspirasi .Gerakan pembangkang ketika ini masih hebat dimana kebanyakanya puak-puak pembangkang berada di kolej KHAR...(kolej harun aminurashid).Mereka semakin lantang untuk menentang aspirasi kerana dibuat speaker corner oleh pihak universiti.Melalui platfom speaker corner ini puak pembangkang banyak mengkritik pentadbir dan aspirasi serta kerajaan-Namun, di bawah pimpinan saudara faizul , najib dan rakan rakannya aspirasi menang buat kali kedua.Aspirasi mewujudkan sayap sahabat mahasiswa universiti.
Tahun 2006
akhir tahun 2005, jawatan tnc hep dato dollah tidak di sambung dan aspirasi mengalami zaman kegelapan. HEP di susun semula dengan pendokong kepartian pembangkang. SMU sudah mula dianaktirikan oleh pihak UPSI dan gerakan semakin merudum.Puak-puak pembangkang semakin aktif dan semakin ramai pelajar terpengaruh dengan gerakan pelajar dikolej terutamanya di KHAR. KHAR merupakan kubu pembangkang.
Tahun 2006 prestasi aspirasi merudum disebabkan oleh perpecahan diantara ahli aspirasi itu sendiri yg dipengaruhi oleh gerakan GPMS yang dibawa oleh mohd faiz. .Gerakan GPMS telah memecahkan aspirasi kepada 2 puak iaitu aspirasi 1 dan aspirasi 2.Keadaan ini menambahkan kekuatan kepada pro pas di kampus.
Ketika ini aspirasi menang tipis dan wujud sikap talam dua muka dalam aspirasi sendiri. Untuk menyedapkan keadaan, MPP aspirasi tetap di isytiharkan menang walaupun kalah sebenarnya . Semua ini adalah permainan prof aminah seorang vc yang langsung tak tahu dan tak ambil tahu soal survival politik kampus.
Tahun 2007 hingga sekarang
peninggalan prof aminah sebenarnya yang menyebabkan upsi tunggang langgang dan mahasiswa upsi lebih suka berpolitik dan melawan kerajaan. prof aminah gagal dalam mengawal gerakan student upsi. prof aminah menjalankan pendekatan tutup pintu kepada semua pihak yang ingin mendedahkan mahasiswa dengan ilmu kepimpinan . HEP selepas tahun 2007 hanya mengeluar kenyataan bahawa pro kerajaan menang setiap kali PRK. Pada dasarnya aspirasi kalah dan tumbang di upsi sehingga sekarang. Bagi prof aminah, tiada kepentingan menjaga politik kampus.akhirnya, tergadailah maruah guru yang lahir dari upsi.lahirlah mahasiswa upsi yang kurang ajar. sekiranya aminah bertindak dengan cekap bersama HEPnya . sudah pasti upsi dapat diselamatkan.Tahniah kepada UST FAUZI BAIN DAN PROF AMINAH MANTAN VC UPSI.
( sumber : BK mengucapkan jutaan terima kasih kepada pejuang kampus upsi yang tidak dipandang kerajaan BN. di hina, di caci dan di fitnah oleh pro pas dan pkr kerana mempertahankan kerajaan. namun, sia-sia perjuangannya. tetapi atas dasar perjuangan agama dan bangsa, beliau menjadi guru wibawa di malaysia)
bakal guru lepasan UPSI berdemo supaya mudah mendidik murid sekolah dengan berdemo apabila dirotan guru besar atau pengetua. bakal guru yang akan berdemo apabila ditukarkan ke sekolah lain .berdemo depan PPD atau JPN
bakal guru berjumpa sanusi mohamad nor yang juga setpol MB kedah . sanusi juga thinker pas di USM
lepasan ISMP yang belajar di upsi pun berani berdemo. kenapa mereka yang belajar di IPG elok duduk diam dan waras. mengapa bila belajar jadi guru lepasan upsi semua berdemo. inilah yang dikatakan guru lepasan IPG lebih berkualiti dan beradab daripada guru lepasan UPSI. Bukan semualah. yang spesis adam adli dan dalam gambar ni.
KESIMPULAN :
1. YANG BK DIMAKLUMKAN PEJUANG ASPIRASI UPSI BANYAK YANG DIPOSTINGKAN KE SABAH DAN SARAWAK. YANG PRO PAS DI POSTINGKAN KE SEMENANJUNG DAN ADA YANG DAPAT DI KAMPUNG HALAMAN SENDIRI.
ASPIRASI BERJUANG BAGAI NAK MAMPUIH DI UNIVERISTI , PAK MENTERI UMNO DOK GOYANG TELUQ TAK BERJUANG NASIB PEJUANG KAMPUS YANG DI ANJINGKAN OLEH PUAK-PUAK PRO PAS.
INILAH NASIB PEJUANG ASPIRASI . BAGI RAKAN MEREKA YANG BERJUANG ATAS NAMA PAS , SUDAH PASTI JAWATAN TERBAIK UNTUK MEREKA.SEMUANYA BERJAWATAN DALAM KERAJAAN NEGERI PEMBANGKANG.
SEBENARNYA BK YAKIN, ASPIRASI ADALAH PEJUANG MELUKUT DI TEPI GANTANG.BUKAN JAWATAN YANG DI CARI, TETAPI REDHA ALLAH.. TERUSKAN PEJUANG PRO KERAJAAN DI KAMPUS. INILAH MASA TERBAIK MELAWAN DAN BERJIHAD MENENTANG JUAK JUAK YAHUDI DI KAMPUS. LAUNGKAN TAKBIR DAN TERUSKAN MISI MENENTANG ADAM ADLI DAN KUNCU KUNCUNYA.TNC HEP DAN BARISAN STAF NYA SEKARANG PENENTU PENGARUH PAS DAN PKR DITERUSKAN ATAU BERJAYA DI KEKANG