Friday, December 16, 2011

SAH !PERMATANG PASIR MILIK PAS


KAUM
JUMLAH
PERATUS
MELAYU
15616
72.71
CINA
5476
25.50
INDIA
352
1.64
LAIN-LAIN
33

JUMLAH BESAR
21 477



JUMLAH PENGUNDI DI DUN PERMATANG PASIR SEHINGGA MAC 2011

8 hari BK tidak menulis di sebabkan kesuntukan masa menguruskan ternakan di kandang .macam ni lah adat untuk meneruskan kehidupan. Walaupun BK bukanlah penternak besar separti tauke-tauke yang mendapat bantuan perniagaan dalam bidang livestock di Pulau Pinang, namun BK mampu memastikan survival keluarga dapat diteruskan.Tarikh akhir Bk menulis ialah pada 8 disember berkaitan isu perselisihan faham antara p ramasamy dengan god father dap. semalam guan eng laknatullah menang kes di mahkamah terhadap utusan malaysia .guan eng dan kerajaan negeri dapat rm 225 ribu. Wang bukanlah soalnya, tetapi ini berkaitan soal moral.

Maka , bermula malam tadi pembangkang bertubi tubi menyatakan utusan pembohong. Yang peliknya bila blogger mereka dan akhbar keadilan kantoi dengan dato zambry dan kena saman berjuta juta tak pula mereka kata akhbar parti keadilan pembohong. Begitu juga dengan akhbar harakah. beginilah asam garam dalam politik sempit pas.

pas hebatnya kerana mempunyai syurga yang di tawarkan oleh nik aziz dan barisan ulamaknya bersandarkan ayat quran dan hadis, maka landasan pas di anggap betul oleh segelintir kaum melayu. PAS telah mula nampak bulan yang bakal mereka takluki di ruang angkasa. Namun mereka terlupa, roket yang bakal membawa mereka ke bulan , akan meletup di pertengahan jalan . Sebab apa? kerana enjin yang digunakan oleh roket tersebut merupakan enin yang tidak berkualiti. Gah sahaja di atas kertas, tetapi bila meluncur ke udara , akhirnya ia meletup di ruang ozon bumi.

Bakiklah BK tidak mahu mengulas soal ini. BK mahu mengulas soal kerusi Permatang pasir tetap milik PAS. Indikator BK mudah sahaja berdasarkan seminggu BK berkampung di seluruh permatang pasir. Sekejap solat di masjid batu dan kadang-kadang di masjid papan. Nama pun cantik .Satu masjid batu milik rasmi pas dan satu lagi masjid papan milik semua umat Islam yang faham erti persaudaraan .

Dalam unjuran awal ini, BK boleh katakan melayu permatang pasir tetap mahu memilih pas kerana rata -rata pengundi ialah bukanlah anak tempatan. Pertambahan undi baru juga menyaksikan orang luar banyak menjadi pengundi di permatang pasir. Tektikal ini yang menyebabkan umno boleh tersungkur di permatang pasir. Kubu kuat pas ini seolah-olah menyatakan hasrat bahawa biarlah permatang pasir mewakili pas pada setiap kali pilihanraya.

Golongan guru dikenalpasti sebagai penggerak pas di kawasan permatang pasir. Tahniah kepada guru di zon permatang pasir. SK Permatang Pasir sahaja menyimpan khazanah guru pro pas yang hampir 20%. Dahulu dilaporkan sekolah ini mempunyai lebih daripada 40% guru pro pas. Beginilah nasib kerajaan BN, yang berjaya melahirkan guru pro pas dan PKR. Teruskan kemaraan wahai guru pro pas dan PKR.

Bila dah menang nanti, bolehlah guru pro pas dan pro pkr menukarkan guru pro umno ke pedalaman sabah dan sarawak. Guru menjadi agen menyebarkan fitnah kepada masyarakat sekitar. BK kutip informasi ini daripada kenyataan ramai dan dengan mata dan telinga BK sendiri. walaupun seorang guru yang menjadi agen pas dan pkr , maka dia adalah guru.

Kdudukan melayu yang menjangkau 72.71%, tidaklah memberi jaminan bahawa Melayu UMNO berkuasa di sini. Melayu yang bersimpati dengan UMNO hanyalah pada kadar 35 hingga 40%. Bagaimana boleh BK beri keputusan yang sebegini rupa? Jawapan BK, inilah pentingnya menjalankan gerak kerja lapangan berbual dengan orang kampung di masjid, kedai kopi kopi, kantin sekolah, padang awam dan sebagainya.

Permasalahan dalaman juga perlu diberi perhatian. Penyelaras DUN Permatang pasir ialah Tuan Hj Rahim yang dahulunya merupakan penyelaras DUN Penanti. Soalnya, apakah bakal calon akan diletakkan Tuan Hj Rahim atau Cikgu zaidi? Wah!!!!! dahsyat juga polemik ini. Hubungan antara dato ketua bahagian dengan ketua pemuda UMNO Permatang Pauh masih lagi nampak kurang menyenangkan. Kata kawan BK cah keting amat kuat dan sukar dikurangkan.

Gerak kerja parti nampak bersungguh sungguh tetapi semangat sahaja tanpa ada kesepakatan dan perpaduan, maka matlamat tidak akan tercapai.Sokongan kaum Cina pula berada di paras 20 hingga 25 % sahaja Namun, di pekan permatang pasir , kaum cina memberi jaminan bahawa BN tidak akan mendapat lebih daripada 15 hingga 20%.

Apapun , semua angka ini menjadi penentu menang atau kalahnya Permatang Pasir. Namun, bagi BK Permatang Pasir boleh menang jika UMNO BERSATU. JANGAN HANYA MOTTO SAHAJA BERSATU TETAP BERSATU.