Tuesday, November 29, 2011

SERUAN JIHAD DAN PALUAN GENDANG PERANG DARIPADA TIMBALAN PRESIDEN UMNO


Malam ini sejam lebih teman mendengar ucapan timbalan presiden UMNO sewaktu merasmikan persidangan pemuda, wanita dan puteri umno secara serentak tepat jam 9.28 minit malam ( 29/11/11). Kagum teman dengan ucapan anak johor ini. Teman teringin gak nak pi tengok perhimpunan terbesar orang Melayu di kolumpo. Tapi apakan daya....orang kampung, pecah tabung buloh pun tak mampu lagi nak pi ke kolumpo dan nak tidor di hotel untuk mendengor ucapan pimpinan UMNO . Takpelah...dapat tengok tv pun jadilah.

Teman kagum kerana dalam usia 62 tahun, UMNO telah berubah. permulaan dengan bacaan ayat suci al quran oleh tan sri amat menguji keyakinan teman bahawa UMNO adalah intipati perjuangan Islam tulen di Malaysia. Haiyya bil jihad. Teman cukup puas hati ucapan tan seri yang bantai DAP laknatulah . Itupun tan seri bantai sikit jer. PKR pun kena badi juga dan yang penting tok pekong pas yang menjadi kuli lahanat DAP.

Intipati tan seri menyeru kepada kebangkitan jihad. Seruan bangkit bersedia kepada panglima ( pemuda umno), serikandi ( wanita umno) dan permata ( puteri umno). Teman nak tokok tambah sikit supaya seruan jihad ini disulam dengan ayat di bawah :

Firman Allah SWT:
قُلْ إِن كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَآؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ
وَأَمْوَالٌ ٱقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ
كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَآ
أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِّنَ ٱللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا
حَتَّىٰ يَأْتِيَ ٱللَّهُ بِأَمْرِهِ وَٱللَّهُ لاَ يَهْدِي ٱلْقَوْمَ ٱلْفَاسِقِينَ
Katakanlah (wahai Muhammad): Jika bapa-bapa kamu dan anak-anak kamu dan saudara-saudara kamu dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu dan kaum keluarga kamu dan harta benda yang kamu usahakan dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk agamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka).

~Surah Al-Taubah:24.

Firman Allah lagi:
يٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ مَا لَكُمْ إِذَا قِيلَ لَكُمُ ٱنفِرُواْ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ ٱثَّاقَلْتُمْ
إِلَى ٱلأَرْضِ أَرَضِيتُمْ بِٱلْحَيَاةِ ٱلدُّنْيَا مِنَ ٱلآخِرَةِ
فَمَا مَتَاعُ ٱلْحَيَاةِ ٱلدُّنْيَا فِي ٱلآخِرَةِ إِلاَّ قَلِيلٌ

"Wahai orang-orang yang beriman! Mengapa kamu, apabila dikatakan kepada kamu: Pergilah beramai-ramai untuk berperang pada jalan Allah, kamu merasa keberatan (dan suka tinggal menikmati kesenangan) di tempat (masing-masing)? Adakah kamu lebih suka dengan kehidupan dunia daripada akhirat? (Kesukaan kamu itu salah) kerana kesenangan hidup di dunia ini hanya sedikit jua berbanding dengan (kesenangan hidup) di akhirat kelak. "
~Surah Al-Taubah:34.

Inilah indikator seruan jihad . DAP itu ialah kafir harbi dan wajib di lawan dengan semangat jihad. UMNO perlu menjadikan DAP itu sebagai musuh utama  dan bukannya PAS. Tapi kalau PAS tetap berdegil, UMNO boleh menggunakan pendekatan bagaimana Nabi SAW menyatukan puak aus dan khazraj.Banyak pengajaran yang disampaikan oleh tan sri dalam ucapannya. Antaranya ialah konsep wehdatul amal dan wehdatul fikr. Apakah maksud antara kedua dua istilah ?

MEWUJUDKAN KESATUAN PEMIKIRAN DAN KERJA (Wehdatul Fikr wehdatul Amal) 
  • Memperkukuh persefahaman antara pimpinan dan ahli
  • Mengeratkan ukhuwwah sesama ahli
  • Memperkemas cara pendekatan
  • Menerapkan nilai kesedaran sosial dan rasa tanggungjawab ahli
Wehdatul Fikr wehdatul Amal  membawa maksud satu fikrah satu amal.

PANGLIMA UMNO BANGKIT DAN BERSEDIALAH MASUK KE SEGENAP PELUSUK KAMPUNG MELAUNGKAN SERUAN JIHAD MENENTANG DAP LAKNATULLAH, MENENTANG KUMPULAN PENYOKONG PELIWAT, MENENTANG MEREKA YANG MEMPERSENDAKAN AYAT-AYAT ALLAH , MENENTANG MEREKA YANG BERTOPENGKAN ISLAM DALAM PARTI POLITIK.

SERIKANDI UMNO KUATKAN JALINAN RAKYAT BERJUMPA SETIAP AHLI MASYARAKAT. BAWA SERUAN JIHAD AGAR UMAT MELAYU KEMBALI MEMBERI SOKONGAN KEPADA UMNO. SEDARKAN ORANG MELAYU BAHAWA DAP SEDANG BERJUANG MENGHILANGKA ISLAM DAN SYIARNYA DI MALAYSIA

PERMATA UMNO, KUATKAN MEDIA MAYAMU. BANGKIT DI ALAM MAYA. BANGKIT DENGAN TUGAS TEKNOLOGI MAKLUMAT YANG DI AMANAHKAN KEPADA MU.MENYUSUP MASUK MENERJAH MUSUH DURJANA BERNAMA DAP LAKNATULLAH.

KALIAN SEMUA PERLU INGAT. TSUNAMI YANG BERLAKU TIDAKLAH SEBESAR PERISTIWA BANJIR BESAR DI ZAMAN NABI NUH AS. UNTUK MENANG , TEMAN NASIHATKAN PANGLIMA, SERIKANDI DAN PERMATA UMNO, AMBILLAH IKTIBAR DALAM PERISTIWA KAPAL NABI NUH UNTUK DIJADIKAN BEKALAN PERANG MENENTANG DAP . UMNO BOLEH MENANG MENJADI NAKHODA ZAMAN MENYELAMATKAN AGAMA WALAUPUN UMNO DIKEJI DENGAN SEKEJI KEJINYA OLEH PAS, PKR DAN DAP. TAPI PERCAYALAH, ALLAH AKAN BERSAMA ORANG YANG IKHLAS.

INGAT PESAN TAN SRI, PEMIMPIN DAN AHLI UMNO KENA IKHLAS. JANGAN MUDAH MERAJUK LARI KE LUAR NEGARA, TUTUP BILIK GERAKAN, SABOTAJ CALON DAN PELBAGAI MAZMUMAH LAGI SEKIRANYA CALON ATAU NAMA MEREKA TIDAK DINOBATKAN SEBAGAI CALON. BEKERJALAH KITA SEMUA SEBAGAI SATU PASUKAN. INGAT WEHDATUL FIKR WEHDATUL AMAL.

AKHIR KATA DARI TEMAN, ANAK KAMPUNG YANG MERENUNG JAUH PWTC ......TEMAN DOAKAN :

YA ALLAH KAU BUKALAH HATI HATI PANGLIMA UMNO, SERIKANDI UMNO DAN PERMATA UMNO AGAR MEREKA FAHAM AKAN ERTI UKHUWAH FILLAH DAN ERTI JIHAD FISABILILLAH. YA ALLAH KAU REDHAILAH MEREKA DALAM  PERSIDANGAN DAN UCAPAN USUL MEREKA YANG BERMULA ESOK. AMIN YA RABBAL A' LAMIN.


TEMAN LAMPIRKAN :
PEDOMAN KISAH TAULADAN NABI NUH A.S

Dengan iringan”Bismillah majraha wa mursaha”belayarlah kapal Nabi Nuh dengan lajunya menyusuri lautan air, menentang angin yang kadang kala lemah lembut dan kadang kala ganas dan ribut. Di kanan kiri kapal terlihatlah orang-orang kafir bergelut melawan gelombang air yang menggunung berusaha menyelamat diri dari cengkaman maut yang sudah sedia menerkam mereka di dalam lipatan gelombang-gelombang itu.

Tatkala Nabi Nuh berada di atas geladak kapal memperhatikan cuaca dan melihat-lihat orang-orang kafir dari kaumnya sedang bergelimpangan di atas permukaan air, tiba-tiba terlihatlah olehnya tubuh putera sulungnya yang bernama “Kan’aan” timbul tenggelam dipermainkan oleh gelombang yang tidak menaruh belas kasihan kepada orang-orang yang sedang menerima hukuman Allah itu. Pada saat itu, tanpa disadari, timbullah rasa cinta dan kasih sayang seorang ayah terhadap putera kandungnya yang berada dalam keadaan cemas menghadapi maut ditelan gelombang.

Nabi Nuh secara spontan, terdorong oleh suara hati kecilnya berteriak dengan sekuat suaranya memanggil puteranya:Wahai anakku! Datanglah kemari dan gabungkan dirimu bersama keluargamu. Bertaubatlah engkau dan berimanlah kepada Allah agar engkau selamat dan terhindar dari bahaya maut yang engkau menjalani hukuman Allah.” Kan’aan, putera Nabi Nuh, yang tersesat dan telah terkena racun rayuan syaitan dan hasutan kaumnya yang sombong dan keras kepala itu menolak dengan keras ajakan dan panggilan ayahnya yang menyayanginya dengan kata-kata yang menentang:”Biarkanlah aku dan pergilah, jauhilah aku, aku tidak sudi berlindung di atas geladak kapalmu aku akan dapat menyelamatkan diriku sendiri dengan berlindung di atas bukit yang tidak akan dijangkau oleh air bah ini.”

Nuh menjawab:”Percayalah bahawa tempat satu-satunya yang dapat menyelamatkan engkau ialah bergabung dengan kami di atas kapal ini. Masa tidak akan ada yang dapat melepaskan diri dari hukuman Allah yang telah ditimpakan ini kecuali orang-orang yang memperolehi rahmat dan keampunan-Nya.”( PAS PERLU MENGAMBIL IKTIBAR DALAM HAL INI)

Setelah Nabi Nuh mengucapkan kata-katanya tenggelamlah Kan’aan disambar gelombang yang ganas dan lenyaplah ia dari pandangan mata ayahnya, tergelincirlah ke bawah lautan air mengikut kawan-kawannya dan pembesar-pembesar kaumnya yang durhaka itu.


 
 UMNO ITU MELAYU. MELAYU ITU ISLAM.ISLAM ITU ADDIN.SELAMAT BERSIDANG