Tuesday, September 6, 2011

PKM MENGIKUT FAHAMAN KOMUNIS RUSIA

dipetik : maidaribendang
 
RISALAH HARAM KOMUNIS DAHULU
LENIN
KEMATIAN LENIN
 
HARAPAN PKM IALAH MEWUJUDKAN SEBUAH NEGARA REPUBLIK KOMUNIS SEPERTI RUSIA. HAPUSKAN SISTEM BERAJA. INILAH YANG MAT SABU MAHUKAN.
 
Pengasas dan Pemimpin

Pengasasnya adalah seorang Yahudi Jerman bernama Karl Marks. Dia mengisytiharkan fahamannya pada tahun 1848. Dia menulis buku yang bernama Das Kapital pada tahun 1867.

KARL MARX PENGASAS KOMUNIS KEBANGGAAN MAT SABU
Pembantunya bernama Inakal. Kemudian, Lenin yang memimpin revolusi komunis di Rusia menubuhkan kerajaan yang berasaskan ajarannya. Kemudian, fahaman ini diteruskan oleh Stalin yang menjadi pemimpin selepas Lenin. Antara pemimpinnya ialah Terutaski, Yahudi Rusia. Dia berpecah daripada Stalin kerana berselisih pendapat. Di negara China, fahaman komunis dipimpin oleh Mau Zi Thong.

 
Komunisme cuba untuk memberi satu alternatif kepada masalah dalam ekonomi pasaran kapitalisme dan warisan penjajahan dan nasionalis. Komunis tidak percaya kepada kewujudan Tuhan. Ini menyebabkan ramai penduduk beragama tidak menyokong komunis. Kerajaan komunis juga dilihat sering menindas mereka yang berpegang kepada agama.

Dasar-dasar dan Pegangan
 
Antara dasar-dasar yang menjadi pegangan dan kepercayaan komunis adalah:

-Tidak percaya adanya Tuhan dan perkara-perkara ghaib seperti malaikat, jin, dosa pahala dan sebagainya. Mereka menjadikan logik dan kebenaran semata-semata sebagai asas kepercayaan. Walaupun pengikut ajaran ini berbeza mengikut keadaan setempat, konsep ini tetap menjadi asas ajaran komunis. Oleh itu, komunis menentang semua fahaman beragama sekeras-kerasnya.

-Menentang pemilikan harta secara perseorangan. Berbanding kapitalis, mereka berfahaman segala kemewahan dan harta benda adalah milik semua. Seseorang pemilik tidak dibenarkan memiliki harta yang melebihi daripada harta orang lain. Apabila harta itu banyak, harta itu mesti menjadi milik negara dan menjadi milik orang awam.

-Menghapuskan kelas dalam masyarakat. Tidak ada kelas antara majikan dan pekerja. Mereka sanggup meluaskan fahaman melalui kuasa politik walaupun terpaksa menggunakan senjata supaya pemerintahan negara dikuasai oleh masyarakat buruh.

-Membentuk pemikiran rakyat supaya mengabdikan diri kepada negara semata-mata. Tidak ada prinsip beribadah kepada Tuhan kerana negara dan benda adalah tuhan yang disanjung dan dipuja.

-Menafsirkan semula sejarah yang melibatkan pertarungan antara pekerja dengan majikan yang berakhir dengan kemenangan pekerja secara kekerasan.

-Berpegang pada kepercayaan tidak ada hari akhirat dan perkara-perkara yang berkaitan dengannya.

Perbandingan dan Perbezaan antara Komunis dengan Islam

-Komunisme ialah fahaman yang bercanggah dengan akidah Islam iaitu mengingkari kewujudan Allah, perkara-perkara ghaib dan hari kiamat.

-Bercanggah dengan naluri manusia yang perlu pada keselesaan dengan cara yang betul, mempunyai sifat mementingkan diri dan hidup bermasyarakat. Semua ini perlu ditimbang dengan adil.

-Tidak berperikemanusiaan. Golongan komunis menjadikan manusia seperti kilang seterusnya merampas hak milik mereka. Sebenarnya, pemimpin komunis selaku pemilik lebih bernafsu daripada orang-orang kaya di negara-negara kapitalis. 

-Mempunyai kelemahan-kelemahan yang terbuka. Ia dicipta oleh manusia yang lemah dan mempunyai sifat dendam sesama manusia lalu menindas dengan cara yang zalim.

Walaupun ramai yang menganggap ideologi komunis sudah lemah berikutan jatuhnya Kesatuan Republik Soviet pada tahun 1991, namun ideologi itu tetap wujud dalam bentuk sosialisme. Masih terdapat parti-parti politik di negara-negara lain seperti di barat yang memperjuangkan hak pekerja, pelajar dan bersikap anti-penjajah.

KESIMPULAN TEMAN :

MAT SABU ADALAH KOMUNIS. LANCARKAN KEMPEN MAT SABU KOMUNIS. TAK PERLULAH PAS NAK KAITKAN DENGAN FATHUL MEKAHLAH, KES HANG JEBAT LA, BUKU WARISAN JOHOR LA DAN PELBAGAI LAGI. KOMUNIS TETAP KOMUNIS. LAWAN MEREKA YANG PRO KOMUNIS. MAT SABU PRO KOMUNIS. BERERTI MAT SABU JUGA PRO YAHUDI DAN PENENTANG ISLAM.