Tuesday, September 6, 2011

HARI INI DALAM SEJARAH. TEMAN PERMUDAHKAN UNTUK KITA MEMAHAMI SEJARAH

TERLALU CAUVANIST DAN CAKAP TAK SELUPA BIKIN
(1) Pengusupan dan Kegiatan Pengganas Komunis
1. Komunisme diasaskan oleh Karl Marx
2. Komunisme memperjuangkan;
i. masyarakat tanpa kelas,
ii. memiliknegarakan tanah dan perindustrian.
3. Communist International (Comintern) atau Pertubuhan Komunis Antarabangsa menyebarkan ideologi komunis ke seluruh dunia.
(a) Cara penyusupan Komunis
1. melalui Parti Kuomintang (KMT) dan Parti Komunis Nanyang.
2. sebarkan dakyah komunis di kalangan orang Cina melalui kesatuan sekerja, persatuan, kelas malam dan penerbitan.
3. Di kalangan orang Melayu, fahaman komunis disebarkan melalui Parti Komunis Indonesia (PKI)
4. Orang Melayu tidak tertarik dgn komunis kerana bertentangan dgn agama Islam dan adat resam.
5. Komunis tidak mengakui kewujudan Tuhan.
6. Komunis guna kekerasan dan kezaliman.
(b) Penubuhan Parti Komunis Malaya (PKM)
1. Tahun 1930, PKM ditubuhkan.
2. PKM melatih ramai kader dan menyusup ke dalam kesatuan sekerja.
3. Cuba bertapak di Sarawak tetapi gagal.
4. Antara kegiatan PKM;
i. pengaruhi pekerja limbungan kapal, pekerja kereta api, pelombong bijih timah, pekerja ladang dan kilang.
ii. galakkan kegiatan sabotaj, mogok dan tunjuk perasaan membantah kenaikan cukai.
iii. lancarkan mogok dan sabotaj bagi melumpuhkan ekonomi British di Tanah Melayu.
5. Mogok di lombong arang batu di Batu Arang, Selangor.
6. Pemimpin terlibat dgn mogok dihantar pulang ke China.
7. Pemimpin PKM ditahan.
8. PKM menawarkan kerjasama kepada British untuk menentang Jepun.
9. Anggota PKM dilatih dalam taktik perang gerila di Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura.
10. PKM bentuk Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA)
11. British bekalkan senjata kepada pasukan tersebut melalui Force 136.
12. Selepas perang tamat, British meminta MPAJA dibubarkan dan serahkan semula senjata
13. MPAJA enggan dan menyembunyikan sebahagian daripada senjata
14. Setiap anggota MPAJA yang menyerahkan senjata dibayar sebanyak $350.00 serta menerima satu beg beras daripada pihak British.
15. PKM menyusup dalam kesatuan sekerja
16. PKM terlibat secara aktif dalam kegiatan politik.
(c) Keganasan komunis
1. PKM hadiri Persidangan Pemuda Komunis Asia diadakan di Calcutta, India.
2. Persidangan galakkan parti komunis adakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat
3. PKM menubuhkan unit gerila – Malayan Races Liberation Army (MRLA).
4. PKM mulakan pemberontakan dengan menyerang ladang dan lombong milik syarikat Eropah.
(2) Langkah Membanteras Ancaman Komunis
(a) Pengisytiharan darurat
1. Komunis bunuh tiga orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak.
2. Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Edward Gent isytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu.
3. British kuatkuasakan Undang-undang Darurat 1948 (boleh menahan sesiapa sahaja yang disyaki terlibat dalam komunis dan membenarkan pasukan keselamatan menggeledah rumah kediaman)
(b) Pengharaman Parti Komunis Malaya atau parti berhaluan kiri
1. Parti Komunis Malaya diharamkan