Saturday, September 17, 2011

GUAN ENG TRAUMA DENGAN PERKISAHAN KEKEJAMAN KOMUNIS???


Sebagaimana yang telah teman dedahkan semalam berkaitan pentomen yang di batalkan di saat akhir oleh kerajan negeri pulau pinang kerana mengandungi unsur kekejaman komunis di tanah melayu. Laporan isu ini telah didedahkan di dalam ahbar sinar bertarikh 17/9/2011. Berdasarkan laporan akhbar tersebut menyatakan bahawa pentomen ini dibatalkan di saat akhir. Mengikut tentatif program, pentomen ini sepatutnya dipersembahkan selepas koir dari SMK tunku abdul rahman. Soalnya sekarang mengapakah pentomen ini dibatalkan?

Berdasar sumber terdekat yang teman terima, sewaktu raptai penuh diadakan, ianya telah mendapat liputan daripada beberapa buah akhbar termasuk akhbar berbahasa cina. Teman tidak prejudis kepada akhbar berbahasa cina kerana kita perlu bebas melaporkan perkara yang baik. Namun, yang teman rasa berbulu sangat ini apabila dikhabarkan salah seorang wartawan yang membuat liputan raptai berkenaan telah melaporkan kepada guan eng tentang persempahan pentomen tersebut yang memasukkan unsur kekejaman komunis.

Lalu selepas perkara ini diketahui oleh guan eng, maka guan eng telah mengarahkan dato suk ( dato farizan darus untuk memanggil wakil pentomen berkenaan. Kemudian, kepeutusan yang dibuat, demi menjaga lim guan eng, pentomen itu terpaksa di batalkan.Teman tidak salahkan dato SUK kerana beliau berjaya menjadi seorang penjawat awam yang taat kepada pemerintah tidak seperti sesetengah ketua jabatan yang berkhidmat dengan kerajaan persekutuan, tapi hentam kerajaan persekutuan macam pemimpin pembangkang.

Jika mat sabu trauma dengan filem bukit kepong dan sarjan hassan, teman boleh nyatakan di sini bahawa guan eng trauma dengan persembahan pentomen kemerdekaan usm. Semalam teman sempat pergi melihat pentomen berkenaan di dewan DTSP usm bagi melihat sejauhmanakah keberkesanan aspek sejarah di dalam pentomen tersebut.

Bagi teman ianya amat tepat dengan perkisahan merdeka dan guan eng tak seharusnya takut dengan paparan kekejaman komunis. Itu hanyalah realiti sejarah bahawa komunis bunuh orang melayu dan juga cina.Komunis mahu hapuskan sistem beraja dan menggantikan negara Malaya dengan republik komunis malaya.

Alasan yang diberikan oleh pengerusi majlis majlis rasmi kerajaan pulau pinang iaitu ybhg dato abdul halim hussain yang menyatakan persembahan tersebut terlalu lama sehingga menggunakan masa selama  45 minit adalah satu alasan yang paling dangkal dan bersifat prejudis.

Apakah dato abdul halim masih lagi nak menjaga guan eng ? Teman saksikan persembahan tersebut di dtsp tak sampai 15 minit pun. Kepada SUK dan exco melayu dalam kerajaan PR Pulau Pinang, janganlah tidak berpijak di bumi yang nyata. Sejarah tidak pernah berbohong. Mansor yang juga bekas pensyarah USM pun tahu akan kebenaran. 

Hanya kerana elemen komunis pentomen dibatalkan. Teman berharap agar mahasiswa usm bangkit membuat satu deklarasi kekejaman komunis terhadap kaum melayu , cina dan rakyat malaysia satu ketika dahulu.Jika benar-benar mahasiswa USM yang dipimpin oleh mahasiswa berstatus APEX, mereka harus bangkit menyatakan pendirian dan menghantar surat rasmi bantahan di atas pembohongan yang dibuat dalam kenyataan di dalam akhbar sinar.

Teman ulang sekali lagi, apa yang teman tonton semalam hanyalah persembahan sekitar 15 minit dan bukannya 45 minit. Sahlah DAP takut mereka disamakan dengan komunis dan DAP mahu rakyat lupakan kekejaman komnis dan di angkat komunis sebaga pejuang.

Menyusul selepas ini cabaran kepada mahasiswa APEX dalam isu pentomen. Bangkit atau jadi PONDAN!!!!