Monday, August 29, 2011

SIDANG MEDIA MAT SABU DI PERLIS DALAM HAL KOMUNIS

TEMPAT : KOMPLEKS PAS PERLIS
TARIKH 29/8/2011

INTIPATI SIDANG MEDIA MAT SABU

1. Mat sabu mendapati apa yang dilaporkan oleh akhbar  Utusan Malaysia berkaitan dengan tragedi Bukit Kepong adalah fitnah terhadap beliau dan PAS.

2.beliau telah mengarahkan peguamnya untuk menghantar notis saman kepada akhbar itu dan memintanya meminta maaf dan menarik balik laporan palsu itu.

3. Penjelasan mat sabu bahawa beliau lambat menjawab isu ini kerana mahu melihat dan mendengar balik apa yang dikatakan di ceramah tersebut. Pagi ini beliau melihat balik videonya dan mendapati apa yang dilaporkan oleh Utusan itu tidak benar sama sekali," kata Mohamad Sabu kepada Harakahdaily.

4.Beliau mengambil masa untuk menjawab isu itu kerana ingin mengenalpasti apa yang beliau katakan dengan tepat dalam ceramah itu.

5.Beliau menegaskan  tidak menyebut Mat Indera itu Komunis, saya tidak sebut pun nama beberapa-beberapa Cina yang dilaporkan dalam akhbar itu bahkan selepas membaca laporan akhbar Utusan baru saya tahu nama mereka,"
6. Mat sabu menyatakan beliau  berceramah pada 21 Ogos, Utusan siar 27 Ogos...jadi saya lupa apa yang tepatnya saya cakap.

7.Mat Sabu menjelaskan rakaman video tersebut ketika berucap di Pusat Pendidikan Islam Padang Menora, Tasek Gelugor baru-baru ini sampai ke tangan wartawan Harakah Pulau Pinang semalam.

8.Mat Sabu menegaskan akan meneliti terlebih dahulu ucapannya dalam rakaman berkenaan dan sekiranya didapati Utusan Malaysia sengaja menokoh tambah cerita yang bukan-bukan, maka tindakan undang-undang akan diambil.

9.Mat sabu menyatakan media arus perdana terus menyiarkan dan membuat ulasan terhadap berita Utusan Malaysia itu, seolah-olah beliau adalah penyokong perjuangan komunis bahkan beliau adalah bapa komunis yang sebenar.

10. Beliau menjelaskan beberapa akhbar dan laman  blog meminta komen beliau terhadap kecaman pelbagai pihak
11. Mat Sabu menjelaskan setelah mendengar ucapan tersebut dan dibandingkan dengan berita muka depan dan muka 5 Utusan Malaysia, serta kecaman-kecaman yang berterusan disiarkan Utusan Malaysia bertarikh 28 Ogos, maka saya dapati Utusan Malaysia telah memutar belit dan menambah cerita yang menimbulkan fitnah terhadap saya dan parti  PAS

12. Mat Sabu menyalahkan utusan dan media arus perdana dengan menyatakan penyiaran berita seumpama itu adalah suatu taktik parti pemerintah dengan menggunakan media arus perdana untuk mengalihkan isu sebenar yang lebih besar seperti kepincangan sistem pilihanraya di negara ini.

TEMAN : LETIH MENUNGGU PEMBOHONGAN MAT SABU DALAM SIDANG MEDIA.ORANG LAIN DAH PI CARI LEMANG, DAGING , IKAN DAN PELBAGAI LAGI UNTUK JUADAH RAYA ESOK. SILAP-SILAP 1 SYAWAL ADA ASSINGMENT BARU LAGI UNTUK MAT SABU.KAMERA PUN TAK BAWA.