TEMAN AKUR DENGAN PENJELASAN MUFTI IAITU APA YANG BERLAKU ADALAH DALAM KONTEKS NASIHAT HUKUM. JELAS DAN TEMAN FAHAM. NAMUN, SEBAGAI HAMBA ALLAH YANG JUGA DIBESARKAN DALAM ISLAM SEJAK KECIL DAN MENGAMALKAN AJARAN ISLAM SEJAK KECIL SERTA MEMPELAJARI ILMU ISLAM SEJAK KECIL, MAKA IZINKAN TEMAN MEMBERI SEDIKIT PANDANGAN SEBAGAI HAMBA ALLAH BAGI TEMAN, ILMU MANUSIA JIKA DIBANDINGKAN DENGAN KALAM ALLAH MAKA BEZANYA SELUAS AIR DI LAUTAN. MAKA, DENGAN ITU DATO SS MUFTI DAN BARISAN JAWATANKUASA FATWA NEGERI JUGA PERLU BERMUHASABAH SEBAGAI HAMBA ALLAH DAN BUKANNYA MELETAKKAN SENTIMEN POLITIK MENGATASI ISLAM. ADA BEBERAPA PERKARA YANG TEMAN BARU TAHU IAITU :
1. DALAM SIDANG MEDIA BERKENAAN DATO SS MUFTI MENYATAKAN BELIAU IALAH KETUA AGAMA ISLAM DI NEGERI INI. BUKANKAH YANG DPERTUAN AGONG MERUPAKAN KETUA AGAMA ISLAM BAGI NEGERI YANG TIDAK BERAJA? MENGAPA DATO SS MUFTI BOLEH OVER TAKE PERANAN INI. MAAF YA DATO SS MUFTI.APAPUN INI BUKAN SOAL POKOKNYA. KETUA ATAU BUKAN KETUA ITU SEMUANYA KUASA DUNIA.
2. DATO SS MUFTI ADA MENYEBUT KEPADA SESIAPA YANG TIDAK MAHU IKUT LARANGAN INI MAKA TANGGUNGLAH DI AKHIRAT KELAK. SOALNYA SEKARANG, APAKAH LARANGAN NABI SAW INI HANYA NABI SAW TUJUKAN UNTUK RAKYAT PULAU PINANG SAHAJA? ATAU UNTUK SEMUA UMAT ISLAM. MENGAPA SEKALIAN MUFTI MUFTI DI MALAYSIA TIDAK KUATKUASAKAN. SAYA SYORKAN AGAR MAJLIS FATWA KEBANGSAAN MENGAMBIL PENDIRIAN MENGADAKAN MESYUARAT TERGEMPAR UNTUK MEMANGGIL SEMUA MUFTI DALAM HAL INI KERANA DI KHUATIRI RAMAI UMAT ISLAM AKAN MELANGGAR HUKUM SYARAK DAN ARAHAN NABI SAW.APAKAH UMAT ISLAM DI KEDAH, KELANTAN , PERLIS , PAHANG DAN NEGERI-NEGERI LAIN YANG MASIH LAGI MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA AKAN BERDOSA DAN MENANGGUNG DOSANYA DI AKHIRAT KELAK. INILAH PERKARA POKOK YANG PERLU DATO SS MUFTI FIKIRKAN. PERLU DIADAKAN MUSYAWARAH SEMULA AGAR HUKUM DILETAKKAN DI TEMPAT YANG BETUL.MALAYSIA MENGAMALKAN MAZHAB SHAFIE MAKA SERAGAMKAN HUKUM DENGAN BAIK APATAH LAGI HUKUM SYARAK.
MERUJUK KEPADA HADIS KE 7 DALAM HIMPUNAN HADIS 40 ADA MENYEBUT :
"Hadis Ketujuh: Dari Abu Ruqayah Tamim bin Aus Ad-Dhari r.a, bahawasanya Nabi SAW bersabda : ' Agama itu adalah nasihat. ' Kami sekelian bertanya : ' Untuk siapa ? ' Maka jawab Rasulullah SAW : ' Bagi Allah, kitabNya, RasulNya dan bagi penganjur-penganjur kaum Muslimin dan orang awamnya. '
JADI TEMAN MENJADIKAN ISLAM ITU SEBAGAI NASIHAT DAN BUKANNYA ISLAM MENJADI AGAMA YANG MUDAH MENJATUHKAN HUKUM BERDASAR EMOSI. DENGAN MUDAH KATANYA " SESIAPA YANG TAK IKUT TANGGUNG DI AKHIRAT". BOLEHKAH SATU KESIMPULAN TEMAN BUAT BAHAWA UMAT ISLAM PERAK, SELANGOR, TERENGGANU, PAHANG, KELANTAN, JOHOR BERDOSA DAN MENERIMA BALASAN ALLAH KERANA INGKAR PERINTAH NABI SAW DALAM HAL MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA HANYA UNTUK TUJUAN MENDIDIK UMAT DALAM ASPEK QURAN?
DATO SS MUFTI MENYATAKAN KEKESALAN ATAS SEGALA KENYATAAN YANG TDAK PROFESIONAL DARIPADA SEMUA PIHAK TERMASUK YANG MENUDUH JAWATANKUASA FATWA NEGERI MEMBUAT PERTUDUHAN SECARA MELULU. TAK SILAP TEMAN, PENGERUSI FATWA KEBANGSAAN YANG MENASIHATKAN FATWA NEGERI JANGAN MENGAMBIL TINDAKAN MELULU. APAKAH PENGERUSI FATWA KEBANGSAAN JUGA TIDAK PROFESIONAL ATAU HANYA DATO SS MUFTI PULAU PINANG SAHAJA YANG PROFESIONAL .TEMAN DAN BEBERAPA ORANG RAKAN LAIN JUGA KESAL DI ATAS SIKAP TIDAK PROFESIONAL JAWATANKUASA FATWA YANG HANYA MEMETIK SATU HADIS NABI SAW SAHAJA DALAM MENGELUARKAN NASIHAT HUKUM DAN MENYURUH PEMBACA MELIHAT LAMAN WEB ISLAMWEB.NET.APAKAH ORANG KAMPUNG YANG MENGAJI QURAN ADA KESEMPATAN NAK BUKA WEB. APAKAH DAKWAH MELALUI WEB BERKESAN DALAM PENYAMPAIAN MESEJ KENABIAN?PENDEDAHAN BEBERAPA BUAH AKHBAR BUKANLAH BERTUJUAN MEMPOLEMIK KEADAAN DAN MENCETUSKAN BAHAWA DATO SS MUFTI TERPENGARUH DENGAN POLITIK DAP. TETAPI TUGAS AKHBAR MELAPORKAN BERITA. LALU SUDAH TENTU ADA DIKALANGAN YANG AKAN MENYATAKAN, AKHBAR ARUS PERDANA PRO UMNO.
BAIKLAH, SEKARANG TEMAN NAK MINTA TOLONG MUFTI PULAU PINANG KELUARKAN NASIHAT HUKUM ATAS TINDAKAN USTAZ AZLI MANTAN KETUA PEMUDA PAS MENGHINA SECARA TERANG TERANGAN DATO SS MUFTI PERAK DENGAN GELARAN HARUSSANI KEPADA HARAMSANI. APAKAH NASIHAT HUKUM YANG BOLEH DATO SS MUFTI PULAU PINANG KELUARKAN DALAM HAL INI DAN KAITKAN DENGAN SYARAK.
HUJAH INI AMATLAH RINGKAS DAN TIDAK PADAT. DALAM ASPEK HUKUM KENA JELAS DAN LENGKAP, TIDAK BOLEH DINYATAKAN BEBERAPA RUTIN IBADAH LAIN DAN PENGGUNAAN ISTILAH SEBAGAINYA . UMAT ISLAM AKAN BERTANYA IBADAH LAIN ITU APA? SEBAGAINYA ITU APA PULA?MISALNYA HUKUM JELAS BAHAWA SEGALA KETURUNAN BABI DAN ANJING ADALAH HARAM DAN PERLU DISAMAK SEKIRANYA TERSENTUH DENGAN KULIT ATAU BULU YANG BASAH. HARAM DI MAKAN DAN HARAM DIGUNAKAN PRODUKNYA YANG BERASASKANNYA. INI ADALAH HUKUM YANG JELAS.
KITA TIDAK BOLEH MEMAKSA ORANG LAIN MENDENGAR BACAAN KITA ? OK KALAU BEGITU HUJAHNYA, BAGAIMANA PULA SEORANG GURU ATAU USTAZ YANG MENYURUH MURID NYA BERZIKIR DI TAPAK PERHIMPUNAN DI KALA MURID BUKAN ISLAM ADA DI DALAM PERHIMPUNAN TERSEBUT DAN BACAAN ZIKIR DAN QURAN DENGAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA DI SEKOLAH?APAKAH NASIHAT HUKUM DI SINI. SUDAH TENTU JAWAPANNYA UNTUK TUJUAN PENGAJARAN DIBOLEHKAN. KALAU DIBOLEHKAN, APAKAH BACAAN QURAN YANG DIKUATKAN UNTUK TUJUAN PENGAJARAN TIDAK DIBOLEHKAN PULA?ORANG YANG SAKIT LAGI PERLU DIDENGARKAN DENGAN AYAT QURAN KERANA AYAT QURAN ADALAH AS SYIFA'. AL QURAN ADALAH UBAT. OOOO ADA YANG MENYATAKAN KALAU ORANG SAKIT BACA DI TELINGANYA ATAU BERDEKATAN DENGANNYA . TAK PERLU GUNA PEMBESAR SUARA. TAPI KALAU ORANG YANG SAKIT DAN BEBAL HATINYA PADA ISLAM, BUKANKAH BACAAN QURAN DENGAN PEMBESAR SUARA DAPAT MENEMBUSI RUMAH KONDOMINIUM YANG TINGGI YANG SUSAH UNTUK PIMPINAN MASJID PI BERDAKWAH. APAKAH SALAH TUJUAN PEMBESAR SUARA UNTUK MENGGERAKKAN MEREKA YANG SEDANG TIDUR NYEYAK? JIKA ANAK QARIAH TAK SOLAT KERANA TERLENA, SIAPAKAH YANG NAK BERTANGGNGJAWAB? DATO MUFTI?MISAL KATA, ANDAIKAN SEORANG ISLAM AKHIRNYA RAJIN KE SURAU/ MASJID PADA WAKTU SUBUH DISEBABKAN BACAAN QURAN MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA.DIA AKHIRNYA TERJAGA DAN TERDIDIK DIRINYA UNTUK SOLAT SUBUH DI MASJID DI SEBABKAN KEKUATAN HIKMAH QURAN YANG DIPERDENGARKAN SECARA MENYELURUH.
BAGAIMANA PULA DALAM HAL SOLAT SUNAT TAHAYYATUL MASJID YANG DILAKUKAN TETAPI DIGANGGU DENGAN KULIAH JUMAAT ATAU KULIAH MAGHRIB. MEMANG ADA YANG BERPANDANGAN BAHAWA KULIAH ITU ADALAH UTAMA. TETAPI KALAU KULIAH DISELANG SELI DENGAN MEMFITNAH , MANA YANG LEBIH BAIK. SOLAT SUNAT TAHAYYTUL MASJID ATAU KULIAH ?TEMAN TIDAK MENENTANG KULIAH DI MASJID SEBAB TEMAN PUN ADALAH PEMINAT KULIAH DI MASJID WALAUPUN PENGKULIAH YANG MENYAMPAIKAN KULIAH TU DOK MAIN HENTAM KROMO JE BILA CONTOH. WALAUPUN AYAT QURAN YANG DI BACA TIDAK DISERTAKAN DENGAN ASBABUL NUZUL.SEHINGGA KINI APAKAH KAYU UKUR MENGUNAKAN PEMBESAR SUARA MENGGANGGU ORANG DILUAR MASJID. BERAPA RATUS RIBU UMAT ISLAM YANG MENENTANG, BERAPA RATUS RIBU YANG MENYATAKAN INI ADALAH CARA MENDEKATKAN DIRI PADA ALLAH LALU JATUH HUKUMNYA BIDAAH DAN BERAPA RATUS RIBU YANG ANGGAP PERBUATAN INI BIASA SAHAJA.
APABILA DATO SS MEMBUAT ISTILAH " BAGAIMANA JIKA RASULULLAH DAN PARA SAHABAT SERTA ULAMAK TERDAHULU MELIHAT KEADAAN PEMBESAR SUARA PADA ZAMAN KITA INI". AYAT YANG TERGANTUNG DAN SEOLAH-OLAH INGIN MENGAITKAN BAHAWA SUDAH TENTU NABI SAW DAN PARA SAHABAT AKAN MELARANGNYA. BAIKLAH SEKARANG TEMAN PULA GUNA BAGAIMANA JIKA RASULULLAH SAW MASIH ADA , TIDAKKAH RASULULLAH SAW TERKEJUT DENGAN KEWUJUDAN PARTI PAS DAN NIK AZIZ YANG BOLEH BUAT HUKUM MASUK SYURGA JIKA PANGKAH PAS?
ISTILAH BAGAIMANA INI TIDAK ELOK DIGUNAKAN KERANA JIKA RASULULLAH SAW DAN PARA SAHABAT MASIH ADA SUDAH TENTULAH JAWATAN MUFTI TIADA, JAWATAN TUAN GURU TIADA DAN SEGALA JAWATAN YANG ADA DI MALAYSIA SEKARANG TIADA. TIADALAH MAT SABU NAIK PENTAS DAN TIADALAH PENGKULIAH YANG DOK MAKI HAMUN ORANG LAIN SECARA SESUKA HATI.MEMETIK MAKSUD HADIS NABI SAW :
Hadis Keenam "Dari Abu Abdullah An-Nu'man bin Basyir r.a. katanya : saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Sesungguhnya yang halal itu terang ( jelas ) dan yang haram itu terang, dan di antara keduanya pula terdapat pekara-pekara yang syubahat ( tidak terang halal atau haramnya ) yang tiada diketahui oleh orang ramai. Orang yang memelihara dirinya dari pekara-pekara yang syubahat itu adalah seperti orang yang melindungi agama dan kehormatan dirinya. Orang yang tergelincir ke dalam pekara syubahat itu akan tergelincir masuk ke dalam pekara haram. Laksana seorang pengembala di pinggir sebuah tempat larangan, yang akhirnya lalai dan masuk ia ke dalam tempat larangan itu. Adapun bagi setiap raja sebuah tempat larangan, dan tempat larangan Allah itu adalah pekara-pekara yang diharamkanNya. dan ketahuilah pada setiap jasad itu seketul daging. Andainya ia baik, baiklah seluruh jasad itu dan sekiranya ia rosak maka rosaklah seluruh jasad itu. Itulah hati
Hadis Kesembilan Dari Abu Hurairah Abdul Rahman bin Sakhar r.a : " Bahawa saya mendengar Rasulullah SAW bersabda : ' Apa yang aku larang kamu lakukan maka hendaklah kamu tinggalkannya, dan apa yang aku perintahkan kamu lakukan hendaklah kamu lakukan sekadar kemampuan kamu. Sesungguhnya telah binasa umat-umat yang sebelum kamu disebabkan terlalu banyak bertanya serta pertelingkahan mereka terhadap Nabi-Nabi mereka.
( JAWATANKUASA FATWA PULAU PINANG SUDAH SERTAKAN HADIS NABI SAW YANG MELARANG PENGGUNAAN PEMBESAR SUARA DAN JAWATANKUASA FATWA JUGA KENA PUTUSKAN LARANGAN NABI SAW TENTANG PERBUATAN MENCELA. APA HUKUM DALAM ASPEK SYARAK?
ELAKKAN PENJELASAN YANG MERAGUKAN.
Hadis Kesebelas Dari Abu Muhammad, Al-Hasan bin Ali bin Abu Talib, cucu Rasulullah SAW dan kesayangannya r.a yang berkata : " Aku menghafal dari Rasulullah SAW : ' Tinggalkanlah apa yang meragukanmu kepada yang tiada meragukanmu. " WALLAH HU 'ALAM