Tuesday, July 5, 2011

PENING KEPALA HOTAK AKU PASAL BERSIH YANG HARAM INI


teringat teman kepada perkara pertama dalam manifesto DAP Pulau Pinang dalam pilihanraya ke 12 yang lalu. Manifesto mereka yang pertama......:

KATAKAN TIDAK KEPADA DOMINASI KEKUASAAN POLITK UMNO

mereka tidak berjaya dalam manifesto yang pertama ini tetapi mereka berjaya hilangkan dominasi Bn di Pulau Pinang. semua calon gerakan, mic dan mca kalah. lalu tinggallah 11 kerusi miliik umno. apakan daya cita-cita dap sampai setakat itu sahaja. walaupun gagal, hasilnya dianggap cemerlang kerana suara bn di sidang dun hanya tinggal suara umno. apa lagi yang mereka mahukan? BERSIH yang bagaimana? Mungkin bagi mereka maksud bersih ini ialah PR berjaya memerintah malaysia. barulah bersih. Jika ini maksudnya...ibarat budak-budak main kejar-kejar. dok asyik kejar kawan dan bila kena lenjan menangis dan bila dah nagis report pada mak ayah atau memberontak ...menghentak- hentak kaki untuk diberi peluang dikejar kawan pula. PR dok mengejar BN. PR teringin juga dikejar BN.

dalam manifesto pertama ini, DAP mahu pertahankan demokrasi dengan cara mendapatkan sokongan rakyat untuk mencegah demokrasi kepada sebelah pihak sahaja. DAp bersungguh -sungguh mahukan pecahan sempadan dilaksanakan. mengapakah dap mahukan sedemikian? bukankah ini adalah dasar pecah perintah yang mahu mengasingkan kaum cina, melayu dan india.dengan menggunakan psywar ala mafia, maka dap mengatakan bahawa umno akan menyuarakan permintaan tambahan kerusi untuk mudah mendapatkan jawatan ketua menteri pada tahun 2013.dap bersungguh-sungguh menafikan majoriti 2/3 untuk mencegah umno meningkatkan peruntukan jumlah kerusi. lalu diceritakan kepada sekalian kaum cina, bahawa umno akan jadi ketua menteri. mudah kan.......kerja dap. melaga lagakan kaum melayu, cina dan india. untuk berkuasa kepada sistem bekalan air dan berkuasa dalam sektor pengangkutan awam , dap perlu berkuasa. perjuangan dalam manifesto pertama ini membuahkan hasil akibat dasar dan ceramah pecah dan perintah dari dap dalam pilihanraya ke 12. rupa rupanya untuk terus berkuasa, dap perlu melaga-lagakan kaum melayu. lalu cara terbaik ialah memastikan PERHIMPUNAN HARAM BERSIH TETAP JUGA BERLAKU 9/7/2011.MELAYU PAS, MELAYU UMNO, MELAYU PERKASA, MELAYU PERSATUAN SILAT DAN MELAYU PKR AKAN BERTEMPUR SESAMA SENDIRI.

seronoklah dap selepas itu. segala perancangan ala yahudi dilaksanakan dengan penuh sistematik. dirancang bukan sebulan dua, tetapi setahun selepas mereka menang. tok dalang anwar pula hanya menggerakkan lakonan berdasarkan bayang-bayang kekuasaan kepada pas. PAS bermain dengan bayang-bayang tok dalang yang menceritakan pas akan memegang banyak jawatan menteri apabila PR memerintah. lalu PAS menyatakan pendirian, perjuangan kami bukan Islam tetapi perjuangan kami hanya mahu mengalahkan UMNO......pengaruh syaitan terus menular dalam urat darah PAS dan PKR. Sedihnya, UMAT ISLAM YANG SEDANG BERPERANG. KUFAR BERTEPUK TANGAN.