Monday, July 18, 2011

PENGGUNAAN THIRD FORCE DALAM CARA GAYA ANWAR JUBURI

LEE KUAN YEW BIJAK MEMBACA FIKIRAN ANWAR. JIKA ANWAR JADI PM, MAKA KUAN YEW KAN UGUT ANWAR DENGAN FILEM-FILEM LUCAH LAKONANNYA.


Teman telah kongsikan serba sedikit tentang The Green Book, Julius Caeser, Otak Gila dan  Protokol Yahudi . Ke empat-empat elemen ini banyak mempengaruhi anwar sejak tahun 1968 sehingga lah sekarang. Kesempatan ini teman nak menyambung semula elemen kelima dalam cara gaya anwar juburi memerintah iaitu penggunaan Third Force bagi memastikan dia terus berkuasa. Sedar atau tidak, sebenarnya kekuatan anwar hanyalah pada third force yang beliau gunakan. Penggunaan third force ini diceritakan oleh rakan beliau yang bersama-sama dalam gerakan mahasiswa UM. Anwar yang mengambil jurusan dalam Pengajian Melayu sudah pasti mempunyai ramai rakan dalam jurusan sosiologi  dan sedikit rakan dalam jurusan sains.Di mana sahaja  anwar berada beliau akan mengunakan kuasa ketiga. Kekuatan kuasa ketiga akan memudahkan beliau mencapai hasrat untuk terus berkuasa.

Di dalam gerakan mahasiswa UM, Anwar menggunakan rakan-rakan dalam Pengajian Melayu untuk bersama-sama dengannya. Anwar akan memastikan semua gerak kerja dibangkitkan oleh Third Force. Beliau hanya menjadi perancang sahaja. Misalnya dalam isu Bahasa Melayu dan nasib Melayu, Anwar menggunakan mahasiswa untuk menentang Tunku Abdul Rahman yang beliau anggap gagal menterjemahkan ketuanan Melayu. Bahasa Melayu tidak diperjuangkan. Anwar menghasut mahasiswa untuk menentang Tunku. Penerbitan buku Malay Delima yang di tulis oleh Mahathir ketika itu, menjadi kekuatan kepada Anwar. Dalam hal ini Third Force yang memberi kredit kepada Anwar ialah sokongan mahasiswa Pengajian Melayu dan pelajar ITM di dalam menggerakkan demo menentang Tunku. Mahasiswa berdemo dan Anwar menjadi jurucakap. Anwar tidak letih dan bersusah payah di dalam menggerakkan demo. Tetapi, balaci-balacinya yang menggerakkan. Untuk menang, pastikan soldadu menyerang dan bukannya jeneral. Inilah amalan Anwar. Untuk menyarang Tun Mahathir selepas di pecat, beliau menggunakan Pemuda UMNO ketika itu untuk menghentam Mahathir, lalu Zahid Hamidi dan Zambry Kadir cuba menjadi balaci dan hero Anwar. Zambry Kadir dan Zahid adalah contoh Third Force Anwar.

Sewaktu menjadi Menteri Pelajaran, setiap dasar dan cara baru Anwar perlu diikut dengan kempen di peringkat Jabatan Pelajaran. Misalnya, dalam hal kempen Bahasa Melayu dan Islam dalam pendidikan, Anwar akan mengarah semua Pengarah Jabatan Pelajaran supaya mengarahkan semua guru besar dan pengetua memastikan menyebut namanya di dalam setiap kempen yang dijalankan. Misalnya seorang pengetua yang memberi penerangan kepada guru-guru di bawahnya tentang kempen Bahasa Melayu, pengetua tersebut perlu menyebut bahawa ini adalah idea Anwar selaku Menteri Pelajaran dan memuji Anwar . Kaedah ini bagi memastikan guru tahu bahawa Anwar hebat dan Anwar perjuangkan Bahasa Melayu dan Islam dalam pendidikan. Padahal kalau diikutkan dalam sejarah pendidikan Tun Abdullah lagi lebih islamik dalam penerapan nilai Islam di sekolah. Pengenalan J Qaf adalah bukti jelas tentang penerapan nilai Islam. Tun Mahathir pula dengan penerapan nilai Islam dalam perkhidmatan awam dan pembinaan surau di setiap sekolah . Anwar hanya mampu dengan laungan Islam madani sahaja. Anwar membawa konsep kuasa minda menakluki dunia. Kuasa minda bertentangan dengan konsep nilai kerohanian yang berpaksikan kepada kuasa jiwa. Kuasa Minda Anwar terarah kepada penerapan nilai sekular melampau.

Third Force di dalam pendidikan ketika itu ialah pengetua-pengetua sekolah. Pengarah pelajaran sendiri turun membuat naziran bagaimana proses berlaku dalam kempen Anwar. Lawatan pengarah ke sekolah menunjukkan bahawa Anwar bersungguh dalam kempen Bahasa Melayu. Lalu guru sekolah akan memuji Anwar kerana pengarah sendiri memastikan matlamat Anwar berjalan di sekolah. Namun, ianya berbeza sekarang. Dalam hal satu sekolah satu sukan , apakah Pengarah Pelajaran, pengetua dan guru besar bersungguh-sungguh seperti zaman Anwar dahulu. Teman dengar, ada guru yang mengkritik program Tan Sri Muhyiddin ini dan tiada kesungguhan dari Pengarah Pelajaran di seluruh Malaysia. Tan Sri Muhyiddin bukan Anwar yang suka mengugut pengarah pelajaran, guru besar dan pengetua ketika itu.

Gerakan Hindraf pula adalah contoh Third Force yang Anwar gunakan dalam mengambil sokongan kaum India. Anwar tahu bahawa untuk menang, undi india amat perlu. Lalu Hindraf adalah Third Force yang Anwar gunakan untuk berlakon untuk mendapat simpati kaum India.Hindraf akan berjuang dan Anwar akan menyokong. Lalu kaum India akan melihat Anwar sebagai pejuang. Perlu ingat, sentimen  kaum India hindraf yang mulakan. Anwar tidak akan mulakan sebab beliau pun mahukan kredit sokongan kaum Melayu. Lalu, Hindraf adalah alat Third Force Anwar.

Perhimpunan haram bersih contoh terkini penggunaan third force anwar. Beliau menggunakan ambiga dan sekutunya JIM. A Samad Said adalah entiti simpati untuk kaum Melayu. Setelah ambiga bergerak dengan kumpulannya dalam kempen perhimpunan haram bersih, barulah anwar masuk campur dan menyokong. Sekali lagi kaedah third force ini berjaya.

Kesimpulannya, anwar dan kaedah third force tidak dapat dipisahkan.Politik anwar dari dulu sampai sekarang bermain dengan third force. Setiap isu yang berlaku pada dirinya, dia akan gunakan third force untuk bertindak. Beliau cuba bermain di belakang tabir sahaja. Misalnya khutbah jumaat di seluruh Pulau Pinang yang di baca 1/7/2011. Tajuk qazaf dibentang oleh tok khatib. Third Force di sini ialah Majlis Agama Islam dan tok khatib . Anwar menggunakan mereka untuk membela kes video seks beliau.Hebatnya third force.Teman berharap, bagi semua sahabat yang membaca, kita semua akan tahu tentang cara anwar dengan membaca bingkisan ringkas yang teman tuliskan. Teman dah tengok banyak dan kadang-kadang tergelak, serta bertanya....mengapa anwar tak ubah cara berfikir? kuasa minda mengatasi kuasa jiwa?Inilah sekular menafikan nilai kerohanian.