Muammar Gaddafi yang telah memerintah Libya selama 42 tahun.Apakah rahsianya? Perlu diingat hubungan muamar dengan anwar telah berlaku sejak tahun 1970 ketika anwar aktif dalam gerakan mahasiswa. Anwar mula menggila ingin menjadi seorang pemimpin ulung negara sejak di bangku UM yang akhirnya menyebabkan beliau hanya lulus dalam ijazah am Pengajian Melayu. Perkara ini semua orang tahu. Sejarah di mckk dan UM bukanlah sejarah yang perlu diterjemahkan semula. Tujuan anwar masuk UM bukanlah nak belajar sangat. Sibuk dengan demo akhirnya anwar tidak cemerlang sewaktu belajar di UM. Anwar kerjanya ialah menjadi pendesak untuk berdemo. Allahyarham sulaiman palestin telah mengesyaki anwar mempunyai hubungan dengan Tripoli ( muamar) . Rupa-rupanya muamar telah berhubung dengan anwar sejak tahun 1970. Anwar terpengaruh dengan cara gaya idea dan pemikiran muamar dalam buku The Green Book.
Muamar menerima pendidikan rendah agama tradisional dan sekolah persediaan Sebha di Fezzan dari 1956 hingga 1961. Pada akhirnya Gaddafi dan rakan-rakan dari sekolah ini telah menjadi kumpulan teras revolusi dan merampas kepimpinan negara Libya. Inspirasi Gaddafi ini adalah Gamal Abdel Nasser, presiden Mesir yang telah menjatuhkan kerajaan monarki di Mesir. Pada 1961, Gaddafi telah keluar dari Sebha dan memulakan aktiviti politik secara aktif.
Kemudian, Gaddafi belajar undang-undang di Universiti Libya dan lulus dengan cemerlang. Selepas itu, beliau menyertai Akademi Tentera di Benghazi pada 1963. Di sini, beliau bersama sekumpulan yang lain telah membentuk kumpulan militan secara rahsia untuk membuang pemimpin Libya . Selepas tamat belajar pada 1965, dia telah dihantar ke Britain untuk latihan lanjutan di Kolej Pegawai Turus British (British Army Staff College) dan pulang pada 1966 dan berkhidmat sebagai pegawai komunikasi dalam Signal Corps.
Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."
Pada 1 September 1969, satu kumpulan kecil pegawai tentera yang dipimpin oleh Gaddafi telah melakukan rampasan kuasa terhadap Raja Idris 1 yang ketika itu menjalani rawatan perubatan di Turki. Sepatutnya anak saudara Raja Idris 1 yang bernama Tengku Mahkota Hasan as-Senussi ditabal sebagai raja pada 2 September apabila Raja Idris turun tahkta pada 4 Ogos 1969. Namun, pegawai-pegawai revolusi enggan menerima Hasan sebagai raja Libya yang baru. Sebelum 1 September 1969, kerajaan sedia ada dimansuhkan dan Tengku Mahkota Hasan telah dijadikan tahanan dalam rumah. Semua media merujuk Gaddafi sebagai "Pemimpin besar dan Pengasas Revolusi."
Muammar Gaddafi juga mengumpul fahaman politiknya dan mengolahkannya sebagai perlembagaan Libya dan buku perlembagaan itu dinamakan 'Buku Hijau' pada tahun 1970. Dalam buku itu Gaddafi menggabungkan sosialisme dan kapitalisme dan dikombinasikan dengan aspek-aspek keislaman sebagai dasar ideologi Libya.Buku Hijau ini merangkumi 3 jilid dan dicetak di antara 1975 dan 1979. Bagaimanapun, dalam praktik pemerintahan, sistem politik yang dilaksanakan tidaklah idealis sebagaimana sepatutnya.
Jawatankuasa Revolusi memutuskan semua penentang Libya di luar negara hendaklah dibunuh. Berdasarkan keputusan tersebut skuad pembunuh telah dikirim ke luar negara. Sembilan rakyat Libya telah dibunuh dan lima daripadanya telah dibunuh di Itali. Pada tahun 1977, beliau memperkenalkan sistem kenegaraan yang disebutnya sistem 'Jamahiriya' atau 'Negara Rakyat' yang bermaksud rakyat bersama-sama terlibat dalam pemerintahan
sahabat sekalian, sekali lagi teman bongkarkan tektikal anwar dalam gerakan revolusi yang beliau ingin jalankan. sahabat sekalian, ingatlah bahawa hubungan anwar gadafi masih lagi berjalan. anwar tidak pernah membawa contoh kebangkitan rakyat di libya dalam siri-siri ucapannya, tetapi beliau hanya mengaitkan contoh mesir dan tunisia. Soalnya mengapa anwar tidak menyebut libya? Anwar akan berterusan menekan kerajaan. Beza anwar dan gadafi hanyalah gadafi menjatuhkan kerajaan sistem beraja selepas balik dari britain. Anwar pula sentiasa berhubung dengan amerika. Kesimpulan teman mudah sahaja iaitu :
A. PERHIMPUNAN HARAM BERSIH = PROTOKOL YAHUDI
B. REVOLUSI ANWAR = RUJUK BUKU THE GREEN BOOK
Kepada penguatkuasa, mohon bantuan kalian melihat buku tersebut dan segala ideologi buku berkenaan telah anwar ikuti sejak tahun 1970 lagi. malah anwar mencampurkan ideologi ini dengan protokol yahudi. Hasilnya, cita-cita iblis akan tercapai. Lihatlah kesan menjatuhkan sistem beraja yang akhirnya memusnahkan negara.