Tuesday, June 2, 2015
MAS BANKRAP ???
Christopher Mueller Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Airlines
Bhd., Christopher Mueller mengakui syarikat penerbangan itu secara
teknikalnya telah bankrap.
Bercakap dalam sidang media pertamanya sejak memegang jawatan tersebut,
Mueller turut mengumumkan rancangan untuk penstrukturan syarikat
penerbangan tersebut yang akan membuang satu pertiga daripada pekerjanya.
"Secara teknikalnya MAS telah bankrap.
"Prestasi buruk telah direkodkan lama sebelum dua peristiwa tragik yang
melanda syarikat penerbangan ini pada 2014," katanya.
Beliau merujuk kepada insiden kehilangan pesawat MH370 pada Mac tahun lalu
yang sehingga kini tidak dapat dikesan selain kejadian malang pesawat malang
MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine beberapa bulan selepas itu. -
MalaysiaGazette