Thursday, June 4, 2015

HUBUNGAN PAS DAN DAP SEMAKIN GAYAT



Hari ini terbukti Lim Guan Eng dan bapanya,Lim Kit Siang adalah anjing tersepit. Tindakan PAS selama ini yang bekerjasama dengan DAP sehingga DAP dapat menguasai Pulau Pinang adalah bagai melepaskan anjing yang tersepit itu. Ada peribahasa lain iaitu bagai anjing menyalak bukit. Ternyata setelah anjing tadi terlepas, bukit pula disalaknya. Begitulah durjananya sifat si anjing dalam budaya Melayu.


Ternyata juga stigma broker dan barua kekal melekat pada batang tubuh Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selama ini kita tercari-cari siapa yang dimaksudkan broker dan barua itu. Kini barulah kita faham siapa yang dimaksudkan oleh Presiden kita. Orang yang dimaksudkan sebagai broker dan barua itu tidak dapat berselindung lagi di balik lalang sehelai. Watak dan perwatakannya ditonjolkan sendiri tanpa dipinta. Mungkin kerana kepanasan agaknya, maka mereka berdua ini terpaksa keluar dari berlindung di balik lalang yang sehelai tadi.

Kini orang itu cuba mencatur strategi untuk menjatuhkan orang yang pertama menyedari kebrokeran dan kebaruaan mereka. Yang ini rasanya kita boleh terima kerana sudah menjadi adat, barua tinggi sifat dendamnya lebih-lebih lagi terhadap sosok yang berjaya menelanjangkan identitinya. Ini jelas apabila Lim Guan Eng berkata bahawa tiada siapa yang dapat menghalangnya daripada terus menyerang Presiden PAS.

Konklusinya, Lim Guan Eng dan bapanya akan diberhentikan oleh Allah, insha Allah, akan kelucaparan mulut mereka. Mereka berdua ini tidak faham kalau dikatakan daging ulama itu beracun. Hanya tunggu masa dan ketikanya untuk rakyat Malaysia menyaksikannya. Saya juga menunggu bagaimana Allah memberhentikan kata-kata manusia durjana yang menghina ulamanya.