Tuesday, May 12, 2015

TIADA ISU MUHYIDDIN LAWAN NAJIB



Datuk Seri Najib Razak hari ini dilihat menyindir mana-mana pihak yang menyebarkan berita palsu berhubung krisis dalaman Umno membabitkan dirinya selaku presiden, dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan presiden Umno serta menegaskan khabar angin tersebut adalah tidak benar. 

Najib pada sidang media selepas Mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) hari ini berkata, beliau sudah mengadakan perbincangan "dari hati ke hati" bersama Muhyiddin dan memberikan komitmen akan selalu berbincang berhubung isu-isu berbangkit.


"Jadi kalau ada apa-apa berita angin yang tersebar sebelum mesyuarat ini, maka kecewalah mereka yang menyebar berita palsu tersebut," kata Najib, kepada pemberita di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini.


"Saya berjumpa dari hati ke hati dengan beliau (Muhyiddin) pada pagi tadi dan saya memberi pengakuan kita akan selalu bincang, dari hati ke hati untuk pastikan kepemimpinan Umno diperingkat pucuk pimpinan berada dalam keadaan yang selesa dan kukuh supaya tiada pihak yang cuba memecah belahkan kita, terutamanya saya dengan timbalan presiden," katanya.

BK : YANG MENARUH HARAPAN TINGGI UNTUK DSN DAN TSMY BERTEMPUR TU ELOKLAH SIMPAN NIAT YANG TAK BAIK NO.