Monday, May 4, 2015

PRK044 : HANIPA PASMA AJAR AHLI LAWAN SYURA?



Saya terbaca dalam Malaysiakini Hanipa Maidin ada berkata pemilihan Presiden PAS perlu mengemukan dan membentangkan idea dan wawasan mereka masing-masing bagi membawa PAS dengan lebih yakin di tengah tengah masyarakat pelbagai agama, bangsa dan kaum di negara ini.

Katanya lagi justeru itu, salah satu medan dan wadah yang paling mudah dan berkesan bagi mencapai hasrat tersebut, bagi saya, adalah diprogramkan satu debat terbuka antara calon-calon yang bertanding jawatan presiden dan timbalan presiden PAS.

Saya sebenarnya tak kata debat itu salah tapi saya berpendapat Hanipa cuba membawa (lebih tepat menyeleweng) gerakan Islam boleh diterima masyarakat berbilang kaum dan agama. Kalau tak boleh itu bukan gerakan Islam. Adakah kenyataan ini benar dari sunatullah?

Saya pun tak tahu adakah perkara yang diperkatakan Hanipa ini pernah dipratikan oleh rakan Pakatan Rakyat menjadi sanjungan dia? Misalnya PKR dan DAP.

Adakah ini kerana Hanipa rasa lawan untuk bertanding dengan Presiden sedia ada agak sangat tipis dan cita-cita kumpulan belakang mereka tidak tercapai maka idea ini dibentang dan disogok kepada masyarakat media massa? Tujuannya untuk melihat ulama cuba mengokong PAS.

Sebelum ini pun Hanipa banyak berforum tentang masa depan PAS. Saya ikuti hampir semua forum yang disertai Hanipa samada di Malaysiakini, forum PASMA dll yang mana forum itu medan percambahan ilmu tetapi forum dengan 3 atau 4 ahli panel semuanya satu hala. Malah pengerusi pun sehala dengan 3 atau 4 panel. Adakah ini dipanggil forum. Masa itu seronok Hanipa hentam kepimpinan PAS yang tak disetujui sedangkan batang tubuh yang dihentam tak boleh berhujah dimana audion boleh menilai. Seronok Hanipa semasa itu sebab semua hujah tak ada bangkangan.

Kalau kita rasa kita ada idea, kenapa kita tak jemput ahli panel yang bertentangan idea dengan kita untuk kita berhujah dan mendengar hujah? Semasa itu barulah para hadirin boleh menilai siapa yang lebih baik.

Kalau kita berhujah pada pentas kita. Apa yang boleh saya katakan pada forum-forum berkenaan ialah stupid...!!

Saya tak nak berhujah dengan Hanipa sejarah pemilihan kepimpinan Islam yang diajar oleh agama kita dan dilaksanakan oleh kebanyakkan ulama dahulu (kalau Hanipa rasa ulama sekarang dan dalam PAS tak betul). 

Islam mengajar kita pemilihan secara syura. Tak perlu saya sertakan hadis adan ayat quran tentang perkara ini. Tak perlu saya sebut bagaimana khalifah di pilih sehingga tercetus banyak perbincangan.

Saya sebut banyak kali dalam tulisan saya bahawa semasa arwah Ustaz Fadhil Mohd Noor menjadi Presiden PAS syura dalam pemilihan jawatan tertinggi berjalan dengan baik kerana orang-orang dibawah Ustaz Fadhil ialah Ustaz Abdul Hadi, Tuan Guru Niuk Abdul Aziz, Ustaz Hassan Syukri, Ustaz Harun, Ustaz Abu Bakar dll tetapi bila Ustaz Hadi jadi Presiden PAS orang di bawahnya mula membuat onar cuba menyeleweng gerakan Islam PAS kepada gerakan politik PAS semata tanpa melihat perjalanan agama.

Saya pernah menulis 2 orang yang menentang syura dalam kes pemilihan Naib Presdien PAS sebelum ini dan menekankan perlembangaan ialah Haji Mahfuz dan Haji Salahuddin Ayub, sebab itu pada masa itu wujud pertandingan dalam Naib Presiden PAS dan Dato' Harun Din menarik diri daripada menjadi Timbalan Presiden PAS ketika itu kerana ada pertandingan.

Sekali lagi saya ingin menegaskan tak salah berdebat dan tak salah bertanding sebab itu termaktud dalam perlembangaan PAS. Yang salahnya cuba menyeleweng PAS daripada GERAKAN ISLAM kepada PARTI POLITIK yang bermatlamatkan keduniaan semata-mata.

Mengikis nilai-nilai Islam dalam gerakan Jamaah PAS, melagakan kefahaman, meruntuhkan institusi ulama dalam PAS. Itu yang tak kena pada diri Hanipa.

SUMBER : LUAHAN HATI AHLI PAS