Tuesday, May 26, 2015

MAT TAIB YANG SENGAL?





Tan Sri Muhammad Muhammad Taib seharusnya mengkaji perlembagaan dan mendalami perjuangan PAS sedalam-dalamnya sebelum memutuskan untuk menyertai parti ini, demikian menurut Datuk Dr Mahfodz Mohamed.


Ahli Majlis Syura Ulama itu kemudiannya berkata kegagalan untuk berbuat demikian hanya akan mencetuskan konflik dalaman terhadap bekas Menteri Besar Selangor itu hingga mendakwa perjuangan PAS tidak lagi sama seperti sebelum ini.
 
"Jika beliau tinggalkan Umno kemudian nak masuk mana-mana parti, termasuk PAS, beliau kena buat kajian dahulu. PAS ada dasar. Tak sama macam Umno yang bersifat pragmatis dan nasionalis. 
 
"Sebab itu PAS tidak pernah memaksa sesiapa untuk menyertai parti. Kita buat hal sendiri. Apabila beliau nak sertai PAS, kita mengalu-alukan dan tidak pernah menolak. Namun apabila sekarang Muhammad kata PAS sudah berubah, maka kita pun tidak boleh paksa. Terpulang kepada kebijaksanaan Muhammad," ujarnya ketika dihubungi Antarapos, hari ini.
 
Semalam, Muhammad dilaporkan sebagai membayangkan akan keluar daripada PAS selepas pemilihan parti yang akan berlangsung Jun ini.
 
Keputusan itu disebabkan kecewa dengan hala tuju parti Islam itu yang seolah-olah tidak lagi mempedulikan penyokong bukan Islam di negaa ini.
 
Bukan itu sahaja, beliau mendakwa pendekatan pemimpin PAS pada hari ini tidak selari dengan apa yang dilakukan bekas Mursyidul Am PAS, Allahyarham Datuk Nik Aziz Nik Mat suatu ketika dahulu.
 
Muhammad turut mengambil contoh kekecewaan Datuk Tamrin Ghafar yang meninggalkan PAS pada tahun lalu.
 
Meskipun berbeza pemimpin, Mahfodz sekali lagi menegaskan hala tuju dan perjuangan PAS tetap sama, selagi mereka setia mempertahankan perlembagaan parti itu.
 
"Baik semasa Nik Aziz masih memimpin atau selepasnya, PAS masih sama. Mungkin pendekatan sedikit berbeza.
 
"PAS ada perlembagaan, bukan berdasarkan individu semata-mata. Cara mungkin berbeza, namun dasar kita termaktub di dalam perlembagaan parti," tegasnya.