Wednesday, January 28, 2015

PEMUDA PAS NAFI HJ HADI JOIN PASMA


Dewan Pemuda PAS Malaysia hari ini menafikan kenyataan yang dikeluarkan oleh Persatuan Ummah Sejahtera Malaysia (PASMA) yang menyatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang telah mendaftar sebagai ahli badan bukan kerajaan (NGO) yang juga kumpulan serpihan parti itu.

Ketuanya, Suhaizan Kayat menerusi akaun Facebook beliau berkata, Abdul Hadi berada di Kuala Kedah bagi menghadiri Program Penerangan PAS Pusat.

“Adalah tidak betul Presiden PAS mendaftar sebagai ahli PASMA. Lagipun perkara ini tidak logik.

“Kehadiran Tok Guru Presiden di Kuala Kedah bagi menghadiri Program Penerangan PAS Pusat dan bukannya Program PASMA,” tegasnya.

Suhaizan membuat kenyataan itu ekoran sekeping gambar Abdul Hadi yang sedang menjamu selera di Kuala Kedah yang dimuatnaik di akaun Facebook PASMA Malaysia.

Gambar itu diiringi kapsyen: “Syukur Alhamdulillah, akhirnya Tuan Guru menerima baik PASMA dan mendaftar sebagai ahli PASMA”.

Malah PASMA turut meminta semua ahli PAS yang ingin mendaftar sebagai ahli NGO itu bertindak menghubungi wakil PASMA.-therakyatpost