PBAPP memaklumkan pelanggan PBAPP yang menggunakan perkhidmatan kaunter Pos Malaysia untuk membayar bil air mereka akan dikenakan caj 90 sen dalam bil berikutnya mulai Januari 2015.
Menurut Exco Kerjaraya Pulau Pinang Lim Hock Seng caj itu dikenakan ke atas pelanggan PBAPP kerana PBAPP tidak dapat lagi menampung caj yang dikenakan oleh Pos Malaysia untuk perkhidmatan yang disediakan mereka. Lim berkata PBAPP membayar Pos Malaysia sejumlah RM1 juta pada tahun lalu untuk pembayaran bil PBAPP di kaunter Pos Malaysia.
PBAPP juga sedang menanti jawapan dari SPAN untuk menaikkan tarif air sebanyak 20% di Pulau Pinang. Permohonan PBAPP untuk menaikkan tarif air sudah dipersetujui oleh Mesyuarat Exco Kerajaan Pulau Pinang pada tahun lalu.
Sejak DAP mengambil alih Kerajaan Pulau Pinang, surcaj penggunaan air sebanyak 24 sen setiap 1000 liter air dikenakan ke atas penduduk Pulau Pinang untuk penggunaan air melebihi 35,000 liter sebulan. Surcaj tersebut telah dinaikkan 100 peratus menjadi 48 sen selepas kurang lebih setahun ia diperkenalkan.
PBAPP ada sumber kewangan kerajaan negeri selain kutipan hasil cukai dan hasil penjualan tanah. PBAPP Sdn Bhd dan PBA Holdings Berhad tiap-tiap tahun mencatat keuntungan. Apa lagi yang rakyat Pulau Pinang kena tanggung selepas ini?
TULISAN : SAHABAT