Sunday, December 21, 2014

TEROWONG GUAN ENG SIRI 6


Masa Depan Pulau Pinang Di Bawah DAP
Jika sebelum ini kerajaan negeri DAP Pulau Pinang terkenal dengan skandal penjualan tanah negeri semata-mata untuk menguruskan ekonomi negeri maka kini skandal projek terowong dasar laut ini pula memalit integriti, ketelusan serta akauntabiliti kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng ini. Mengandaikan bahawa masalah kesesakan lalu lintas akan berakhir sepenuhnya dengan pelaksanaan projek ini adalah sesuatu yang amat meragukan malah persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh NGO sivil masyarakat seperti CAP dan SAM adalah petanda betapa projek ini cukup berbahaya dan malapetaka sedang menanti rakyat Pulau Pinang.

PENULISAN ARTIKEL TEROWONG GUAN ENG SIRI 1 HINGGA 6 ADALAH TULISAN 
Edwin Michael merupakan Pensyarah Universiti Tunku Abdul Rahman.