Sunday, December 14, 2014

AMBIGA MAU KOMEN KARUT APA LAGI


Ambiga dan beberapa peguam pro-Pakatan lain mengatakan tindakan Jabatan Imigresen membatalkan paspot Ali dan Alvin bertentangan dengan keputusan Mahkamah Persekutuan dalam satu kes terdahulu dan ianya juga bertentangan dengan peruntukan Perlembagaan Perkara 5 (1) dan Perkara 9.

Menurut Ambiga dan rakan-rakannya Perlembagaan menjamin kebebasan kepada rakyat termasuk kebebasan untuk mengembara ke luar negara. Maka setiap rakyat berhak untuk mendapatkan paspot dan paspot itu tidak boleh ditarik balik.

Apakah Ambiga dan rakan-rakan seangkatan dengan beliau ingin menyatakan bahawa penjenayah-penjenayah yang sedang dibicarakan di mahkamah juga tidak boleh dihalang atau disekat untuk keluar negara?

Apakah Mahkamah juga tidak boleh mengeluarkan perintah penahanan paspot OKT yang sedang dalam proses perbicaraan?

Apakah mereka berpendirian, penjenayah perlu diberikan kebebasan (peluang) untuk lari dari pertuduhan di Mahkamah dan tindakan di bawah Undang-Undang Negara dengan melarikan diri ke negara asing?

Ali yang kini berada di Sweden menulis di facebook beliau yang beliau amat gembira kerana penarikan balik paspot beliau akan memudahkan beliau mendapat suaka politik di Sweden. Manakala Alvin blogger lucah yang berada di California USA pula berkata beliau sedang mengejar cita-cita untuk beraksi di Hollywood dan tidak lagi memerlukan paspot untuk ke mana-mana. Amat jelas mereka sudah tidak lagi memerlukan paspot Malaysia