Friday, November 21, 2014

PERBELANJAAN STATE DAP PP MENINGKAT?? AIYOOOO


" Laporan Ketua Audit Negara 2012 dengan jelasnya menyatakan bahawa Perbelanjaan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat hampir dua kali ganda daripada RM283 juta pada tahun 2008 kepada RM540 juta pada tahun 2012. Hasil tahunan Kerajaan Negeri Pulau Pinang telah meningkat daripada RM371 juta pada tahun 2008 kepada RM654 juta pada tahun 2012. Namun hakikatnya, hasil cukai hanya meningkat sedikit sahaja daripada RM110 juta pada tahun 2008 kepada RM116 juta pada tahun 2012."

~ Pada tahun 2012, Kerajaan Negeri Pulau Pinang memperoleh hasil dari jualan tanah Bayan Mutiara kepada Tropicana Ivory Sdn Bhd. Pada 2012, kerajaan negeri menutup beberapa Akaun Amanah dan wang Tabung dan Akaun Amanah dikategorikan sebagai Terimaan Bukan Hasil untuk tahun berkenaan.