Monday, August 18, 2014

KHALID STILL MB. BUBAR DUN !!!!




Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Islam Sa-Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. 

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya. 

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS akan meneruskan pentadbiran bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini. 

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor. 

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang. 

Insya'Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT. 


TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM 
YAB DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR