Wednesday, May 7, 2014

SELANGOR KEKAL MEMBEKALKAN PUSAT URUT STIM


GAMBAR HIASAN

PETALING JAYA – Seramai enam tukang urut warga asing dicekup dalam serbuan di sebuah pusat urut refleksologi di Jalan PJU 8/5, Damansara Perdana, kira-kira jam 10.15 malam, kelmarin.

Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Putrajaya, Abd Halim Ismail berkata, serbuan dilakukan hasil risikan selama dua minggu.

Menurutnya, tangkapan itu terdiri dari empat wanita Thailand, manakala selebihnya dua wanita Filipina berusia dari 21 hingga 30 tahun.

Beliau berkata, taktik premis ini agak licik kerana kesemua tukang urut menunggu pelanggan melalui walkie talkie dari penjaga premis.

“Kesemua warga asing terbabit akan direman 14 hari dan disiasat di bawah Peraturan  39(b) Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 kerana menyalahgunakan pas,” katanya.