Monday, May 19, 2014

PRK 51 : KUALITI PENDIDIKAN DI MALAYSIA AMAT TERUK -DR ARIFFIN




Lokasi : Padang Jalan Gangsa

Penceramah: Dr Ariffin Omar


-Beliau menyebut kerajaan kini mempunyai krisis yang amat serius.

-Mutu dan kualiti kehidupan adalah elok pada 20 tahun dahulu. Beliau memberi contoh Ringgit Malaysia dulu bernilai 1 dengan 1 Dolar Singapura tetapi sekarang sudah jauh berbeza. Beliau mengkritik RM 1.00 satu ayam tetapi beliau bersetuju kangkung adalah murah.

-Beliau mengungkit isu pendidikan. Beliau megungkit isu adakah anda mahu menghantar anak ke sekolah kebangsaan??

-Beliau mengkritik perkhidmatan sektor awam semakin teruk. Beliau mengkritik kualiti pendidikan teruk dan akan hancur masa depan. Beliau juga memberi contoh sendiri dimana beliau diberi pendidikan di St Xavier.

-Beliau mengkritik pimpinan Tun Mahathirlah yang menjatuhkan standard dan kualiti pendidikan di Malaysia. Beliau memberi contoh isu pendidikan dalam doktor. 

-Beliau mengkritik sistem pengangkutan juga teruk berbanding dulu 

-Isu GST akan mengakibatkan harga naik dan membebankan rakyat yang miskin. Contohnya petrol dan elektrik naik.

-Isu ISMA, PERKIDA dan PERKASA dibangkitkan dimana beliau tanya kenapa NGO ini dibenarkan tubuh di Malaysia dan juga merosakkan keharmonian kaum.

-Politik yang berdasarkan kaum sudah tidak relevan dan hanya parti yang berbilang kaum sahaja relevan pada masa sekarang.

-Negara kita adalah negara sekular semasa penubuhan Malaysia. Beliau yakin Hudud tidak sesuai pada negara ini.



BK : NILAIKAN SEORANG BERTARAF DR BERHUJAH DALAM CERAMAH.