Tuesday, April 15, 2014

SKRIP LAKONAN KHALID VS AZMIN BERMULA .SAIFUDDIN BAKAL DIGUGUR?




Saifuddin berkemungkinan hilang kelayakan dari bertanding ekoran kenyataannya dalam wawancara bersama sebuah akhbar tempatan 11 April lalu.Saifuddin dilihat mengkritik dua calon lain yang turut merebut jawatan kedua tertinggi PKR itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.

Saifuddin dilaporkan melabel Khalid sebagai individu yang tahu segalanya (know it all) terutamanya dalam isu air. Azmin pula dikatakannya tidak suka bertukar pandangan, idea ataupun berdebat.

Pengerusi JPP, menjelaskan setiap calon mesti menuruti tujuh  garis panduan yang dikeluarkan oleh jawatankuasa itu.Garis panduan itu, antara lain, menegaskan ‘apa-apa kenyataan, ucapan atau bahan kempen semasa pemilihan parti hendaklah berasaskan rekod kerja calon, pencapaiannya dan perancangannya untuk parti. Ucapan keji, fitnah, caci dan menghina  dilarang sama sekali’.

BK : TIAN CHUA TARIK DIRI. SAIFUDDIN PULAK BAKAL DI GUGURKAN. LAST LAST TINGGAL KHALID VS AZMIN. AKAI JER TU. SEMUA ORANG DAH TAU MACAM ADA SKRIP LAKONAN PULAK