Monday, April 14, 2014

SIAPA AZMIN ALI ARAH PAS??? HUDUD DI PERKUDAKAN BUKTI PAS PKR MUNAFIK??



Pakatan Rakyat (PR) tetap tidak akan berganjak dengan pendiriannya mengenai isu hudud seperti yang dipersetujui melalui konsensus antara DAP-PAS-PKR sejak tahun 2011, kata Mohamed Azmin Ali (gambar). 

Timbalan presiden PKR itu berkata, pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat sedia ada kekal dan sudah dipersetujui semua pihak. 

"Bagi saya, kita akan berpegang pada pendirian yang Pakatan ambil pada sesi itu," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. 

Katanya, sehingga kini PR masih menunggu penjelasan PAS Kelantan berhubung pelaksanaan hukum hudud di negeri itu. 

"Jika ada sebarang gerakan PAS Kelantan sepatutnya datang berbincang dengan Pakatan Rakyat. 

"Tapi setakat ini masih tiada sebarang perbincangan," katanya. 

Selepas melihat kejayaan Brunei melaksanakan hudud, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yaakob menyatakan kesediannya melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 yang merangkumi hukuman hudud selewat-lewatnya tahun 2015. 

Satu rang undang-undang persendirian (private bill) juga akan dibawa bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidangkuasa) 1965 untuk memberi bidang kuasa yang lebih luas kepada Mahkamah Syariah Negeri Kelantan bagi membolehkannya menghukum sebagaimana peruntukkan dalam Enakmen Hudud. 

Selain itu, kuasa agensi pelaksana seperti polis dan penjara yang bertanggungjawab sebagaimana yang diperuntukkan dalam Kanun Keseksaan (Penal Code) juga perlu dipinda. 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom baru-baru ini di Dewan Rakyat memaklumkan kesediaan kerajaan Persekutuan untuk memberikan laluan kepada Kelantan menguatkuasakan undang-undang hudud. 

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini juga menyatakan sokongan terbuka kepada PAS untuk melaksanakan hudud dan menggesa parti Islam itu agar tidak mempedulikan parti komponen PR DAP dan PKR. 

Menurut Awang Selamat, sudah sampai masanya PAS diberikan peluang dan tidak tunduk kepada tekanan luar seperti yang dilakukan Brunei. 

"Apa sekali pun dugaan, PAS tidak boleh berundur. Bujur lalu melintang patah. PAS hanya perlu tunduk kepada undang-undang Allah (seperti yang selalu dilaungkan pemimpinnya) dan bukannya DAP dan PKR," tulis Awang Selamat dalam Utusan Malaysia edisi Ahad, Mingguan Malaysia. – 13 April, 2014. 

BK : BERLAGAK SUNGGUH PKR NAK ARAH PAS. SIAPA PKR? SIAPA AZMIN YANG DOK ARAH PAS DAN DOK TUNGGU TUNGGU JAWAPAN PAS. HUDUD TU WAJIB LA.BUAT JE LA