Thursday, April 3, 2014

PAS DISYORKAN TOLAK AHLI PERNIAGAAN




 Ahli politik berperniagaan (APB) adalah musuh utama kepada ekonomi rakyat. 

Menurut Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Zaharudin Muhammad (gambar) mereka tidak akan menyertai kancah politik jika bukan kerana bisnes dan bisnes ini tidak akan diperolehi tanpa akses politik. 

“Bodoh sekiranya Umno habiskan duit jutaan ringgit untuk memenangi PRK jika hanya ingin mendapatkan gaji RM6,000 atau RM11,000 sebulan. 

“Tetapi mereka jauh lebih cerdik daripada rakyat bodoh yang terus menyokong mereka kerana apabila kuasa politik tersebut menjadi milik mereka, mereka akan mengawal sumber perniagaan rakyat dan keperluan orang ramai,” katanya dalam posting akaun Facebook. 

Jelasnya lagi, mereka membeli aset rakyat dengan modal hasil perahan cukai yang dikenakan ke atas rakyat, dan menjual semula kepada rakyat dengan harga yang dikawal oleh mereka. 

“Syabas sebagai contoh, aset air milik rakyat Selangor tetapi telah dibeli oleh seorang APB, sebahagian operasinya dibiayai oleh wang cukai rakyat melalui instrumen pembiayaan bon atau sukuk. 

“Rakan kongsinya pula adalah jentera dan wang rakyat seperti Permodalan Negeri Selangor Berhad (PNSB), akhirnya APB juga yang menetapkan harga air ke atas rakyat,” katanya. 

Begitu juga dengan harga getah yang dibeli dari penoreh mskin yang harganya jauh lebih rendah berbanding harga pasaran. 

“Harga pasaran dunia getah adalah sebanyak USD2.41 (RM7+-) tetapi penoreh hanya dibayar RM2+- sahaja, 

“Baki selebihnya akan dipoketkan kepada APB dengan alasan untuk mempermitkan pengrusan jual beli getah dan dasar monopoli,” ujarnya. 

Tambah Zaharuddin, tanpa kuasa dan hubungan politik, mustahil mereka boleh membeli aset rakyat dan tanpa wang cukai yang dicekik dari rakyat, mustahil mereka mampu membeli aset rakyat. 

“Tanpa kuasa politik, maka mustahil mereka boleh memiliki bisness tersebut. 

“Jika tidak kerana bisnes tersebut, maka mustahil mereka bermatian untuk menang politik,” ujarnya. 

Bukan itu sahaja, aset yang menjadi milik rakyat kini menjadi milik APB, duit cukai rakyat turut menjadi milik APB dan keuntungan daripada kenaikkan harga barang turut menjadi milik APB. 

“Maka, siapakah pemilik negara ini?” soalnya. 

Dalam pada masa yang sama, Zaharuddin turut menyeru agar rakyat Malaysia bangkit menentang kezaliman ekonomi yang berlaku.


BK : ORANG BERNIAGA MASUK PR LAGI UNTUNG MAA. SAMA SAJA.