Thursday, March 6, 2014

PDRM BERTINDAK ADIL. MENGAPAKAH PR TIDAK ADIL PADA PDRM



"Polis mengesyorkan agar individu yang menawarkan ganjaran untuk menampar MP Seputeh Teresa Kok didakwa di mahkamah atas tuduhan melakukan ugutan jenayah.

Laporan The Star Online yang memetik kenyataan ketua jabatan siasatan jenayah Kuala Lumpur SAC Gan Kong Meng menyebut, Pejabat Peguam Negara bagaimanapun telah memulangkan semula kertas siasatan mereka.

“Kertas siasatan itu dikembalikan oleh Peguam Negara kerana ada beberapa butiran yang perlu dibereskan,” kata Gan seperti dipetik dalam laporan itu.

Satu gabungan NGO Islam yang dikenali sebagai 'Majlis Jemaah NGO Islam Malaysia' pada 6 Februari lalu menawarkan ganjaran RM500 buat mana-mana individu yang berjaya menampar Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok.

Tawaran tersebut dibuat dalam satu perhimpunan yang membantah penghinaan terhadap kepimpinan Melayu, Yang di-Pertuan Agong, dan agama Islam serta maruah Melayu' oleh segelintir ahli politik yang didakwa cauvinis Cina.

Keesokannya, tawaran tersebutnya dinaikkan ke RM1200.

Tawaran luar biasa itu dipercayai adalah reaksi kepada video Tahun Baru Cina yang dilakonkan Kok dengan tajuk 'Onederful Malaysia CNY 2014'.


BK : POLIS BERTINDAK ADIL ATAS SETIAP LAPORAN YANG MEREKA TERIMA TANPA MENGIRA SIAPAKAH KAMU....