Perdana Menteri pada Isnin malam berkata berdasarkan taklimat Cawangan
Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB) dan analisis lanjut data oleh Inmarsat, kesimpulan dibuat bahawa MH370 terbang di koridor selatan dankedudukan terakhirnya di tengah-tengah Lautan Hindi, barat Perth.
“Kawasan ini merupakan lokasi terpencil, jauh dari sebarang tempat
pendaratan.
Oleh itu dengan perasaan amat sedih dan terharu saya ingin
memaklumkan bahawa menurut data terkini, penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi,” kata Najib Pesawat itu yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal dalam penerbangan ke Beijing apabila dilapor hilang daripada radar kira-kira 1.30 pagi 8 Mac, setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur.
Sejak hari pertama kehilangannya, lebih 12 negara membantu Malaysia dalam
misi mencari dan menyelamat pesawat tersebut.Pada Isnin, pesawat Australia dan China masing-masing mengesan beberapa objek yang terapung di selatan Lautan Hindi, namun belum diambil.
Pihak berkuasa Malaysia akan mengadakan sidang media esok untuk menjelaskan butiran lanjut mengenai perkembangan terbaharu itu.
– BERNAMA