Friday, March 14, 2014

AMERIKA PULAK BAGI PETUNJUK KEHILANGAN MH 370



Amerika Syarikat (AS) mendedahkan mempunyai "petunjuk" pesawat MH370 mungkin terhempas di Lautan Hindi dan sedang menggerakkan kapal USS Kidd ke kawasan tersebut untuk mencarinya, lapor stesen televisyen ABC News awal hari ini.

Pegawai kanan Pentagon memberitahu stesen televisyen AS itu pihaknya memerlukan masa 24 jam untuk menggerakkan kapalnya ke kawasan itu.




"Kami ada petunjuk pesawat itu terhempas di Lautan Hindi," kata pegawai kanan berkenaan dipetik berkata mengenai pencarian pesawat Malaysia Airlines yang hilang pada Sabtu.

Pegawai itu berkata, mereka ada petunjuk pesawat itu terbang empat atau lima jam selepas hilang daripada radar dan mereka percaya ia terhempas ke dalam laut. Tetapi pihak berkuasa Malaysia menolak teori itu semalam dengan kedua-dua Malaysia Airlines dan Rolls Royce berkata, data mengenai enjin berakhir pada 1:07 pagi pada Sabtu, kira-kira 20 minit sebelum hilang daripada sistem radar awam.

AS mempunyai pangkalan tentera di Diego Garcia yang terletak di Lautan Hindi.

Tindakan AS dilakukan beberapa jam selepas pegawai tertinggi Malaysia berkata mereka memperluaskan misi mencari dan menyelamat ke Laut Andaman dan meminta bantuan India untuk mencari Boeing 777-200ER dan 239 penumpangnya yang hilang.

Penyiasat juga berkata pegawai AS memberikan sebab untuk terus mencari di kawasan perairan di sebelah barat Malaysia, lebih jauh daripada laluan pesawat Malaysia Airlines itu

BK : KITA TUNGGU PETUNJUK ALLAH.TAWAKKAL DAN MALAYSIA TELAH BERUSAHA