Wednesday, February 5, 2014

DANA 1 AZAM PULAK !!!!




PETALING JAYA - PKR mendesak Jawatankuasa Wang Kira-kira Negara (PAC) dan Jabatan Audit Negara segera menyiasat penyaluran dana program 1Azam (Akhiri Zaman Miskin) kerana dibimbangi berlaku penyelewengan. 

Pengarah Strateginya, Rafizi Ramli mendakwa, menerima laporan daripada pembekal-pembekal bahawa berlaku penipuan terhadap kos barangan yang dibekalkan. 

“Saya telah menulis surat kepada Datuk Nur Jazlan Mohamad (Pengerusi PAC), Tan Sri Ambrin Buang (Ketua Audit Negara), supaya segera menyiasat keseluruhan perlaksanaan skim 1Azam. Saya juga mendesak (Peguam Negara) Tan Sri Ghani Patail memastikan pendakwaan hasil kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di dalam kes ini dibuat segera demi kebajikan rakyat,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR hari ini. 

Katanya, pihaknya faham akan sistem ulangan yang diamalkan oleh Jabatan Audit Negara, namun siasatan ini perlu disegerakan kerana tidak mahu lebih banyak dana itu diselewengkan. 

Rafizi berkata, idea program ini sesuatu yang baik bertujuan membantu keluarga miskin meningkatkan taraf hidup mereka. 

“Namun, jika benar terdapat penyelewengan dalam program ini, kerajaan persekutuan patut berasa malu kerana membiarkan rakyat miskin diperalatkan untuk kayakan beberapa pegawai yang pecah amanah,” dakwanya lagi. 

Ahli Parlimen Pandan itu turut mendedahkan, Laporan Tahunan Pemandu 2011 di antara tahun 2010 dan 2011 kerajaan persekutuan dianggarkan membelanjakan sehingga RM690 juta untuk program ini. 

Rafizi berkata, pihaknya tidak terkejut apabila Pengerusi Panel Rundingan dan Pencegahan SPRM, Datuk Johan Jaafar turut bimbang spekulasi yang tersebar bahawa ada campur tangan politik dalam kes itu. 

Terdahulu, SPRM menangguhkan dakwaan dua individu termasuk seorang bekas setiausaha politik bergelar datuk ditahan SPRM berhubung penyelewengan dana lebih RM1.1 juta melibatkan tiga yayasan. -SH

BK : PULAK DAH. INI KERJA BN UNTUK JAWAB KATA KAWAN BK SEMALAM.