SHAH ALAM, 6 FEB: Gesaan
berterusan Pakatan Rakyat (PR) supaya diadakan dialog bi-partisan bagi
membincangkan isu nasional yang dihadapi negara bukan ‘bunga-bunga’
kepada pembentukan kerajaan perpaduan.
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata jika tidak beliau tidak akan pergi ke negeri Selangor untuk bertanding bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.
“Parameter (dialog itu) sangat jelas, jaminan perlembagaan dan memberi keyakinan kepada rakyat berdasarkan kepada jaminan ini.
“Ia akan membabitkan isu perkauman, agama, ekonomi, jenayah dan rasuah serta tidak lebih daripada itu,” katanya yang dipetik daripada Malaysia Kini.
Dinner PR 01 (anwar)Anwar berkata, hal itu menjadi matlamat akhir sejak tawaran Pakatan kepada BN untuk konsensus nasional itu yang pertama kali dibuat Ogos lalu.
Mengesahkan spekulasi yang tersebar, beliau menjelaskan bahawa Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution bertindak sebagai utusan untuk menyampaikan mesej dalam satu pertemuan peribadi dengan wakil BN yang juga Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Ya, memang ada pertemuan antara Saifuddin dan Zahid, tetapi hanya untuk menyuarakan isu ini kerana BN bertanya sama ada kita serius atau ini hanya gimik politik,” katanya.
Katanya, mesyuarat majlis kepimpinan PR mengkaji tawaran konsensus nasional itu dan beliau sudah mengadakan ‘perbincangan peribadi yang panjang lebar’ dengan Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng; Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.
Majlis kepimpinan PR mengambil pendirian untuk terus menggesa supaya dialog itu diadakan walaupun mengetahui bahawa BN hanya akan menolaknya dan akan ada puak Umno yang menentangnya.-selangorkini