Tuesday, January 7, 2014

DEWAN PEMUDA PAS BERANI REPORT POLIS TS MUFTI. TAAT PADA PADERI NASRANI

KETUA DPPKM

ANAK PRESIDEN PAS BERANI DENGAN MUFTI KECUT DENGAN NASRANI

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) memandang serius kenyataan yang dikeluarkan oleh Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria pada 2 Januari 2014 yang dilaporkan di dalam akhbar Berita Harian.

Di dalam kenyataan tersebut beliau dilaporkan mendakwa bahawa peserta himpunan TURUN pada 31 Disember 2013 yang lepas adalah 'bughah' dan halal darah kerana disifatkan sebagai penderhaka kepada negara.

Kenyataan ini sangat serius dan berupa hasutan yang boleh mengundang kepada kekacauan ketenteraman awam dan keselamatan nyawa warganegara Malaysia.

Justeru DPPM dan DPPK di seluruh negara diarah membuat laporan polis secara serentak pada hari ini atau esok (6 dan 7 Januari 2014).

Saya berharap pihak Polis Diraja Malaysia akan mengambil tindakan dengan menyiasat kenyataan beliau itu. Saya juga berharap Tan Sri Harussani akan sedar kesilapan di dalam kenyataan beliau dan menarik balik sesegera yang mungkin agar tidak berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini.

Muhammad Khalil Abdul Hadi
Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

Bertarikh : 6 Januari 2014