Thursday, December 19, 2013

MAMPUKAH PAS DI NUETRALKAN DENGAN BARISAN SAF RAHMAT MEREKA ?

Jika disorot secara ringkasnya, PKR dan DAP amat mengetahui kekuatan PAS bukan pada Presiden PAS atau Mat Sabu, namun restu daripada TGNA. Inilah yang berjaya dilakukan oleh PKR dan DAP dalam 2 musim PRU yang lalu. Projek mereka nampak kecil namun impaknya besar. Hasilnya boleh dilihat didalam Kelompok PAS pada hari ini Kemimpinan mereka. Berapa Ustaz dan berapa profesional (edrogan)? 

Namun ia sukar diterima dalam kelompok PAS sendiri apabila gua mengatakan ini adelah akibat daripada kerosakan percampuran ciplak ini. Bagi gua ia mengambil masa agak singkat dalam projek PKR dan DAP ini kerana faktor restu TGNA ini. 


Namun Projek ini, sudah dapat dihidu oleh beberapa saf kepimpinan terdahulu seperti, Hassan Ali, Ustaz Nasha, Ustaz Hassan Basri, Ustaz Kazim dan lain2. Hasilnya mereka2 ini menjadi tidak popular di dalam kelompok mereka sendiri bahkan menjadi duri dalam daging bagi PAS. 
Natijah terakhir mereka dibuang atau tidak terpilih sebagai barisan hadapan parti juga dengan restu TGNA. 

Projek ini pada pandangan gua tidak akan berjaya sekiraya politik benci dan dendam yang ade dalam PAS terutama TGNA menebal. 

Gua suka nak tanya kepada TGNA, sukarkah utk menerima salam UMNO? adekah kerana dahulu dibenci akan terus dibenci? kepimpinan UMNO dahulu berbeza dgn yang wujud sekarang, mungkin lebih baik dan mungkin lebih buruk namun salam dihulur perlu disambut dgn cara yang baik. 

Salam sayang utk TGNA 

DRP : MAT COOL 

ULASAN BK : MUDAH SAHAJA.YANG DOK LEAD SAF PAS LA NI SEMUA BERLATAR BELAKANG SEKULAR ATAU ISLAM LIBERAL. TAK PERLU LAGI KOPIAH PUTIH DAN BERKELULUSAN AGAMA