Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu (gambar) menyokong tindakan kerajaan negeri Selangor menaikkan gaji anggota pentadbir dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri tersebut kerana menurutnya ini dapat membantu menghapuskan amalan rasuah di kalangan wakil rakyat.( APAKAH SEBELUM INI WAKIL RAKYAT SELANGOR MENERIMA RASUAH SEHINGGA KENYATAAN INI SANGGUP DIKELUARKAN OLEH MAT SABU ?)
Katanya, rakyat dikelirukan dalam isu kenaikan gaji ini oleh media walaupun ia merupakan satu keperluan bagi wakil-wakil rakyat.
“Wakil rakyat perlu dididik untuk menentang rasuah. Seperti yang berlaku di Singapura di mana elaun ahli-ahli Parlimen mereka begitu tinggi bahkan mengatasi beberapa negara-negara Eropah.( PERLUKAH PENDIDIKAN RASUAH DI LATIH DENGAN KENAIKAN ELAUN YANG MELAMPAU. JIKA BEGITU KATA MAT SABU MENGAPA GAJI PENJAWAT AWAM TIDAK BOLEH NAIK 100 HINGGA 300% BAGI MENGURANGKAN RASUAH DI KALANGAN PENJAWAT AWAM?)
“Tetapi indeks rasuah di Singapura seperti yang didedahkan Transparency International, 9.5/10 iaitu hampir-hampir tiada rasuah,” katanya kepada The Malaysian Insider apabila ditemui malam tadi.
Menurut Mohamad, di Singapura tidak berlaku kebocoran dan pembaziran dalam perbelanjaan kerana wang pembayar cukai diuruskan dengan baik.
Menurut bekas ahli Parlimen selama tiga penggal itu, ketika menjadi wakil rakyat, beliau dan rakan-rakan daripada pembangkang lain seringkali ke Pejabat Kewangan Parlimen pada hujung bulan untuk bertanyakan tentang kemasukan elaun mereka.
“Saya dapati kebanyakan wakil rakyat Barisan Nasional (BN) tidak peduli hal kemasukan elaun dan sebagainya kerana mereka mempunyai wang daripada pelbagai sumber lain,” katanya.( TENGOK TU TUDUH WAKIL RAKYAT UMNO PULAK )
Katanya, kenaikan gaji dan elaun di Selangor tidak akan mengurangkan banyak wang simpanan negeri kerana jika kebocoran dan ketirisan dapat dikawal, ia akan menjimatkan lebih banyak wang pembayar cukai.
“Seperti wang PPRT yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012 telah digunakan untuk projek penternakan ikan emas. Penyalahgunaan wang PPRT diberikan kepada orang yang berada bukan kepada orang miskin,” katanya merujuk kepada Program Pembangunan Rakyat Termiskin.
“Elaun Adun khasnya, sebelum dinaikkan hanya setaraf dengan guru besar dan kadang-kadang lebih rendah daripada guru besar di sekolah-sekolah yang lebih besar.”