Friday, November 15, 2013

PASCA PRU 14 : PKR LUMPUH DI KOTA BELUD DAN SABAH



KOTA BELUD - Jika hampir dua minggu lalu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah kehilangan dua wakil rakyatnya, kali ini parti itu ditimpa satu lagi masalah apabila 90 peratus Anggota Jawatankuasa (AJK) PKR Cabang Kota Belud keluar beramai-ramai meninggalkan parti itu hari ini.   Tindakan itu yang disertai dengan langkah melepaskan semua jawatan yang disandang dalam cabang itu diketuai Ketua Penerangan cabang tersebut Soloh Yuna.  


 "Keputusan ini kami buat kerana kami telah hilang kepercayaan terhadap kepimpinan PKR yang gagal melaksanakan tanggungjawab membela dan menyatupadukan rakyat.   "Sejak kebelakangan ini, parti PKR khususnya di Sabah semakin teruk," katanya dalam kenyataan hari ini.   Beliau berkata disebabkan pertelagahan sesama pemimpin PKR di Sabah, anggota dan kepimpinan PKR Cabang  Kota Belud kehilangan arah tujuan.


"(PKR Cabang Kota Belud) tiada ketua, tiada pejabat, tiada mesyuarat dan tiada maklumat apa-apa untuk ahli mengenai status PKR Cabang Kota Belud. Kami tidak boleh terus berada dalam parti yang diibaratkan 'hidup segan mati tak mahu," katanya.   Menurut Soloh, mereka perlu membuat keputusan tepat mengenai hala tuju perjuangan politik masa depan mereka memandangkan PKR cabang itu semakin lesu dan tidak bermaya.  


 Dalam kenyataan itu juga bekas AJK PKR berkenaan turut menzahirkan sokongan terhadap tindakan Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Kadamaian Jeremy Malajad yang keluar dari PKR baru-baru ini dan mengisytiharkan menyokong Barisan Nasional.   Jumaat lalu, Adun Matunggong Datuk Jelani Hamdan turut mengisytiharkan peletakan jawatannya sebagai Naib Pengerusi PKR Sabah dan menganggap dirinya bukan lagi anggota PKR kerana tidak berpuas hati dengan barisan kepimpinan PKR negeri Sabah. - 

SUMBER : SINAR 

BK : PKR BUBAR PUN, PKR TETAP DAPAT UNDI JUGA DARI PUAK PAS DAN DAP.