Thursday, April 4, 2013

PRU 13 : PARTI UTHAYA VS PAS DAN PKR



Parti Hak Asasi (HRP) akan meletakkan calon bebas mereka di tiga kerusi parlimen dan lima kerusi DUN yang dikuasai PKR dan PAS di Selangor.

Bendahari HRP A Sugumaran dalam satu sidang media hari ini mengumumkan, parti itu akan bertanding di kerusi parlimen Kota Raja, Kelana Jaya dan Kuala Selangor.

Lima kerusi DUN yang akan ditandingi calon HRP dalam kawasan parlimen tersebut ialah Seri Andalas, Sri Muda, Seri Setia, Bukit Melawati dan Ijok.

"Calon kami bagi P111 Kota Raja dan N49 Seri Andalas adalah pemimpin (HRP) iaitu P Uthayaklumar," kata Sugumaran.
LAWAN TETAP LAWAN