Tol Sg Nyiur antara janji DAP sekiranya berjaya memerintah pulau pinang. namun, sehingga parlimen bakal dibubarkan tak lama lagi, kerajaan dap GAGAL sama sekali menyelesaikan masalah ini dan GAGAL membeli konsesi dari pihak yang menguruskan lebuh raya ini. kerajaan dap tahu sejak dari dahulu bahawa untuk menutup tol tersebut, mereka perlu membeli sepenuhnya konsesi lebuhraya bernilai RM 230 juta. bukankah selama ini guan eng berbangga dengan simpanan kerajaan negeri yang mencecah hampir rm 1.3 billion ( RM 845 juta zaman BN).kenapa guan eng tak mau ambil wang untung tak jalankan projek pembangunan untuk rakyat untuk membeli konsesi lebuhraya ini ?
mari kita lihat HUTANG KERAJAAN DAP PULAU PINANG KEPADA RAKYAT :
TOL SG NYIUR
SEHARI ANGGARAN MINIMA KENDERAAN YANG MELALUI TOL SG NYIUR IALAH SEBANYAK 10 000 BUAH X RM 0.50 X 1825 HARI ( 5 TAHUN) =RM 9 125 000.00
KESESAKAN JALAN
KADAR KOS MINYAK SEWAKTU JALAN SESAK DAN KERETA BERGERAK PERLAHAN
SEHARI ANGGARAN MINIMA KENDERAAN YANG BERHADAPAN DENGAN MASALAH KESESAKAN JALAN SEBANYAK 20 000 BUAH X RM 0.50 X 1825 HARI ( 5 TAHUN)
RM 18 250 000.00
fikirkan wahai rakyat. baru 5 tahun dah berhutang dengan rakyat hampir 30 juta. ini belum kira jumlah parking yang bertambah, jumlah masa parking yang bertambah, sewa dewan milik kerajaan tempatan yang naik lebih dari kadar 100%, surcaj air, rm 0.20 beg palstik yang tidak di audit, kemana pergi rm 500 juta kos membina rumah untuk golongan mampu milik yang ketua menteri kata dah di bina di batu kawan.