Monday, December 17, 2012

PASCA E13 : ANALISIS PERHIMPUNAN RAKYAT PULAU PINANG BERTUKAR KEPADA PERHIMPUNAN AHLI PAKATAN


lup lap lup lap dok bercakap. BK pun tak faham. aku dok depan pun tak faham
 
wakil ngos pp yang berucap. macam biasa la cerita pasai wanita pakatan nak tolong
guan eng kelentong lagi. dia dok habaq jika PR perintah lagi di penang, mereka akan buat jambatan teluk ipil ke tg berembang . jambatan untuk laluan kereta . dia lupa ker yang dia tu ketua pakatan yang dah menang. bina la jambatan tu sekarang. dia habaq kerajaan negeri akan buat. aikkk sebelum ni masa sidang dun dia minta duit pada bn rm 50 juta. tp hantar surat pada pm minta rm 18 juta sahaja. hawat minta lebih. nak balun lebih tu ker.
 
chot bakal calon parlimen nibong tebal. dok cerita pasai peruntukan agama islam . bla bla
 
kadiaq bagus punya kata umno rasuah . umno rasuah dari dulu lagi ?
 
 
ito bluesgang
 
mat sabu cerita isu sabah dan sarawak . hutang negara bertambah, balun najib dan rosmah , isu aes di pulau pinang , dong zong pejuang bahasa ibunda
 
tu dia antara yg hadir. ydp pas nibong tebai pun mai. salleh man depa tak bagi bercakap. salleh man pun pakatan tolak
apa la nuar bisik dkt kroni dia masa dalam umno. kadiaq.
 
mai kita dengaq kelentong nuar plak dalam artikel lain no....
 
 
Harakahdaily melaporkan kira-kira 15,000 orang telah hadir..
NIBONG TEBAL: Sekalipun padang becak kerana hujan petang tadi, namun tidak menghalang lebih 15,000 orang menghadiri Himpunan Kebangkitan Rakyat peringkat negeri Pulau Pinang di Padang Awam Jawi, malam tadi.

Hujan yang turun renyai-renyai kira-kira jam 5.40 petang, yang kemudiannya lebat selama 15 minit pada jam 6.00 petang menyebabkan padang menjadi becak dan sebahagiannya ditakungi air.

Begitupun, selepas solat Isyak, orang ramai yang terdiri daripada pelbagai kaum mula berpusu-pusu ke padang tersebut untuk mengikuti pidato yang disampaikan pemimpin Pakatan Rakyat termasuk Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Mohamad Sabu ~ Harakahdaily
 
ULASAN BK
 
Program Himpunan Kebangkitan Rakyat Peringkat Negeri Pulau Pinang GAGAL

Tarikh : 15 Disember 2012 bermula dengan karnival dan jualan dari jam 4.30petang  sehingga  12.00 malam.Pakatan telah memilih padang awam jawi sebagai tempat perhimpunan memandangkan kawasan ini merupakan kawasan tan beng huat yang juga adun dap jawi serta kawasan parlimen nibong tebal sebagai tempat untuk chot. jumlah yang hadir BK anggarkan dalam jumlah 10 hingga 13 ribu orang sahaja sedangkan penganjurkan mengharapkan mereka yang hadir melebihi angka 30 ribu orang.
 
Sebagai makluman semua pembaca BK, jumlah rakyat pulau pinang lebih kurang 1 471 523 iaitu dengan jumlah melayu seramai 642 286, cina seramai 670 400, india 153 472 dan lain lain seramai 5365 orang .Jumlah pengundi lebih kurang 811 750.jumlah pengundi melayu seramai 282 063, cina 439 371 dan india 86 626 dan yang selebihnya ialah bangsa lain- lain
 
Jumlah yang hadir dalam perhimpunan rakyat yang pakatan anjurkan sempena AGM DAP 2012 -2015  di padang jawi ialah seramai dalam anggaran 10 hingga 15 ribu. baiklah Bk up kan jumlah hadir kepada satu nilai tetap katakan 15 000. sekiranya 15 000 sahaja yang hadir maka jumlah tersebut hanya mewakili 1.02 % sahaja. Sekiranya kita mengambil kira jumlah pengundi pula jumlah yang hadir dalam majlis tersebut hanyalah 1.9 % sahaja.
 
BERDASARKAN KEPADA ANGKA ANGKA YANG BK BERIKAN, BK CADANGKAN SUPAYA PERHIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT SELEPAS INI ELOKLAH PAKATAN TUKAR KEPADA NAMA PERHIMPUNAN AHLI PAKATAN RAKYAT
 
lebih merisaukan pihak pakatan lagi, dari jumlah yang hadir, hanya lebih kurang 5% sahaja kaum india dan cina yang meramaikan perhimpunan tersebut dan ramai dikalangan melayu yang hadir terdiri daripada mereka yang tinggal di sempadan perak pulau pinang khususnya dari bagan serai dan parit buntar. apapun BK ucap tahniah jugalah sebab orang nampak ramai apabila di campur dengan fun fair yang dibuat berdekatan dengan pejabat JKR jawi.