Thursday, December 20, 2012

PASCA E 13 : HALIM SPEAKER DUN PENANG PUN MAU JAWATAN TKM DAN AHLI PARLIMEN BALIK PULAU .


Nama halim speaker memang semua orang kenai di balik pulau. orang kuat anwar di balik pulau sewaktu anwar berada di dalam umno. penglibatan beliau dalam pkr akhirnya mendapat pengikhtirafan apabila dilantik sebagai speaker dun pulau pinang dalam pru ke 12. beliau juga telah menang dalam merebut jawatan ketua cabang pkr balik pulau dengan mengalahkan calon prm dr syukri . apapun halim speaker memang mempunyai cita cita besar untuk menjadi timbalan ketua menteri satu atau menteri penuh sekiranya pakatan berjaya menawan putrajaya.

abdul halim begitu beria ia mahukan kerusi dun pulau betong untuk menentang farid saad . abdul halim lebih yakin sekiranya beliau bertanding di dun pulau betong. kekalahan beliau di teluk bahang mengundang satu persepsi buruk terhadap beliau sendiri. beliau juga sungguh yakin bahawa kerusi parlimen balik pulau mampu dikekalkan sekiranya beliau menggantikan yusmadi. beliau lebih mudah dilihat dan berkhidmat untuk balik pulau.

segelintir pemerhati politik dari pas, umno dan pkr sendiri melihat abdul halim seolah olah tamak kuasa dan juga mungkin takut kalah. beliau mahu bertanding untuk dua kerusi sekaligus dengan andaian sekiranya kerusi dun beliau kalah, beliau mengharapkan menang di kerusi parlimen dan begitulah sebaliknya. melihat daripada prestasi kerja beliau di balik pulau, beliau lebih nampak menyerlah daripada yusmadi. apatah lagi beliau mempunyai hubungan rapat dengan guan eng dan boleh mengikut kata guan eng .

mungkin dalam aspek akademik beliau nampak keterhadapan, namun beliau pernah bercita cita besar ketika anwar bersama umno. politik balik pulau berteraskan kepada undi melayu berskala besar. pemerhati politik  melihat di mana jua halim bertanding, beliau akan tewas di tangan calon umno. kontroversi projek eko tourism teluk bahang memberi bayangan  buruk kepada beliau.berikut disertakan sedikit latar belakang beliau :

Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan (BBA) dari Ferris State University, Michigan dan Sarjana Pengurusan Perniagaan (MBA) dari Universiti Sains Malaysia (USM)

Umur: 53 tahun. berumur 48 tahun sewaktu menjawat jawatan speaker

Jawatan : Ketua Cabang PKR Balik Pulau

Nama isteri : Wan Zuraida Amirruddin.

Bil anak : 5 orang

Bil adik beradik : anak ke tujuh daripada 8 orang

keputusan pilihanraya ke 12 :

N40 TELOK BAHANG
Jumlah Pengundi: 10,888
Peratusan Kaum: M: 60.4% C: 36.01% I: 3.23% L: 0.36%
1. Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya (BN) (4,434)
2. Abdul Halim Hussain (PKR) (3,969)
Majoriti: 465
Jumlah undi: 8,555
Peratus mengundi: 78.57%
Undi rosak: 152
Penyandang: Siti Faridah Arshad (BN)
(Majoriti: 3,375 undi)

pengundi balik pulau menentukan siapakah halim speaker sebenarnya . mereka lebih kenai lakonan halim dalam banyak hal.