Thursday, November 1, 2012

PASCA E 13 : ENAKMEN ANTI LOMPAT PARTI DI BENTANG PETANG INI DI DUN PENANG


hari ini ( 1/11/12) merupakan hari pertama sidang dun pulau pinang bermula. khabarnya sidang dun ini merupakan sidang dun terakhir dap menjadi ketua menteri kerana jangkaan bertiup kencang pru 13, pasukan rasis dap akan dibenam oleh rakyat yang anti rasis.kejayaan guan eng dilihat hanyalah semata mata melaga lagakan kaum melayu dengan bukan melayu dan memastikan mulut melayu ditutup apabila berbicara soal hak agama mereka.

lalu selama memerintah, guan eng pun memastikan peruntukan untuk agama islam di tambah walaupun pada hakikatnya peruntukan pembangunan islam di pulau pinang menyusut dari tahun 2009 hingga 2011. (rujuk penyata sidang dun 2012)

bajet 2013 kerajaan dap khabarnya bakal mencecah rm 1 billion . wow !! satu jumlah yang besar untuk dap negeri membeli undi rakyat penang. khabarnya juga peruntukan untuk umat islam akan di tambah demi memastikan undi boleh dibeli dikalangan orang melayu.

bajet 2013 kerajaan dap akan dibentang pada hari esok. petang ini semua mata melihat pembentangan enakmen  anti lompat parti dengan mendapatkan kelulusan dewan untuk meminda perlembagaan negeri. sokongan 2/3 memang dijangka bakal di perolehi oleh kerajaan negeri dap.

melihat kenyataan terdahulu  karpal singh, undang undang lompat parti akan menjadi kenyataan sekiranya perlembagaan persekutuan di pinda terlebih dahulu. justeru apa yang ingin di bawa oleh kerajaan dap pada petang ini di sidang dun adalah gimik semata mata untuk emnyatakan kepada rakyat bahawa mereka bersungguh dalam hal ini tetapi di halang oleh kerajaan pusat.

menurut karpal lagi berdasarkan kenyataannya yang terdahulu, enakmen anti lompat ini tidak sah walaupun di bawa dalam sidang dun hari ini.justeru, apa yang BK dapat nyatakan disini ialah kerajaan negeri dap sedang bermain wayang dalam hal ini menjelang pru ke 13. mereka risau ramai pemimpin mereka akan melakukan aktiviti melompat parti untuk menjadi calon bebas.